‘Soulbond: Rebels Arise’ permainan digital pertama #Malaysia guna #NFT

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Industri permainan digital Malaysia mencatat pencapaian besar dengan pelancaran Soulbond: Rebels Arise, permainan watak pelbagai pemain (MMORPG( blok rantai tempatan pertama menggunakan ‘non-fungible tokens’ (NFT).

Kebanyakan rakyat Malaysia tentu tidak menyedari bahawa pelancaran itu adalah detik bersejarah bagi industri permainan digital tempatan, terutama dari segi pembangunan permainan kerana ia permainan digital pertama seumpamanya yang dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Soulbond adalah cetusan idea syarikat Metabond, diketuai pengasasnya Datuk Clifford Hii, menggunakan kepakaran Jeremy Choo, pengasas studio pembangunan permainan, Ammobox dan pencipta permainan strategi digital Eximius.

“Banyak yang kami harungi untuk berjaya sampai ke tahap ini, bukan saja untuk syarikat kami, tetapi untuk komuniti pemain digital Malaysia dan juga sektor pembangunan permainan digital.

“Apabila orang bercakap mengenai permainan digital di Malaysia, e-sukan terlintas di fikiran. Orang ramai salah tanggapan bahawa rakyat Malaysia hanya leka bermain permainan digital, mereka tidak tahu bagaimana untuk membangunkannya,” kata Hii semasa sidang media selepas pelancaran Soulbond, di Kompleks Beli-Belah [email protected] 1Utama, di sini.

Sementara itu, Jeremy Choo, yang tidak dapat menghadiri pelancaran itu, berkongsi bahawa antara cabaran paling sukar yang dihadapinya sebagai pemaju permainan digital tempatan adalah keraguan orang ramai mengenai kebolehan syarikat Malaysia untuk menceburi bidang itu dengan baik.

“Sebagai anak watan Malaysia yang terbabit dalam pembangunan permainan digital, saya sentiasa berbesar hati apabila kita dapat mencapai sesuatu projek yang bukan saja dapat menghiburkan pemain, tetapi juga membantu memajukan industri tempatan,” kata beliau.

Soulbond masih lagi dalam peringkat pembangunan, tetapi prajualan untuk koleksi NFT permainan pertamanya, Ren Empire, bermula dengan Student Privilege List pada 19 Mac dan jualan umum akan bermula pada 27 Mac.

Metabond dijangka menawarkan empat lagi koleksi NFT permainan Soulbond tidak lama lagi sebelum permainan itu lengkap.

Soulbond, MMORPG blok rantai tempatan pertama menggunakan NFT, sebenarnya MMORPG kedua yang dibangunkan oleh syarikat tempatan.

MMORPG Malaysia yang pertama, Fung Wan Online, diterbit oleh Phoenix Games Studios dan dilancarkan pada 2003.

Permainan itu ditutup tiga tahun berikutnya pada 2006.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini