Pada zaman yang kian moden ni, masih ramai yang masih keliru tentang perbezaan Saham dan juga Forex. Kalau korang ada keinginan untuk mendalami ilmu Saham atau Forex tapi tak tahu macam mana nak mula, dekat sini kami akan kongsikan perbezaannya!
Apa Itu Saham?
Saham adalah pegangan hak milik sesuatu syarikat dalam bentuk ekuiti.
Maksudnya, apabila korang beli Saham sesuatu syarikat, korang secara langsung telah menjadi salah seorang pemilik syarikat tersebut. Saham boleh dibeli dalam jumlah yang besar atau kecil bergantung kepada kewangan yang kita ada.
Contoh-contoh Saham syarikat yang tersenarai dalam bursa saham malaysia ialah Nestle, Top Glove dan banyak lagi.
Sebelum kita mula terlibat dalam pelaburan Saham, apa yang kita perlu lakukan ialah selidik dahulu perniagaan syarikat tersebut contohnya dari segi kewangan syarikat dan menilai potensi masa depannya supaya tiada risiko dikemudian hari.
Akhir sekali, sebelum korang mula main Saham korang perlu ada akaun Saham (CDS) dan akaun trading dengan mana-mana syarikat sekuriti atau broker saham untuk mula terlibat dalam pelaburan saham.
Apa Itu Forex Trading?
Nama penuhnya, Foreign Currency Exchange atau lebih dikenali sebagai Forex ialah pertukaran mata wang. Maksudnya kita berdagang untuk dapatkan keuntungan. Contoh urus niaga, US Dollar (AS) ditukar dengan Ringgit Malaysia (RM), RM ditukar kepada Yen, Rupiah ditukar kepada Singapore Dollar (S$).
Harga mata wang sentiasa berubah-ubah, oleh sebab itu kita berpeluang mendapat keuntungan daripada pertukaran mata wang ini.
Dalam zaman serba moden ini, semua aktiviti dilakukan secara online saja. Yang mana menggunakan platform trading untuk kita melihat kadar naik turun matawang. Kita cuma perlu masukkan matawang sebagai modal. Butang Buy dan Sell di dalam platform tersebut membolehkan kita untuk masuk dan keluar dari pasaran berdasarkan analisa untuk jana keuntungan.
Pasaran Forex ini dibuka 5 hari seminggu dan 24 jam sehari, iaitu bermula 5pagi hari isnin dan berakhir 5 pagi hari sabtu. Jadi korang bebas untuk trade dalam lingkungan masa tersebut.
Jadi itulah serba sedikit tentang perbezaan Saham dan Forex yang boleh kami kongsikan. Nak tahu lebih lanjut tentang Saham?
Jangan lupa untuk ikuti website kami!