SC mahu capai sasaran 30 peratus pekerja wanita

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meneruskan inisiatifnya dalam menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita dalam institusi itu serta bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan untuk mencapai 30 peratus pekerja wanita.

Pengerusinya, Datuk Syed Zaid Albar menerusi akaun LinkedIn SC berkata, SC mempunyai lebih 400 pekerja wanita berdedikasi yang menyumbang kepada badan itu, walaupun masih ramai yang beranggapan bahawa pasaran modal adalah industri didominasi lelaki.

“Dalam pasaran modal, SC terus memperjuangkan penyertaan wanita dalam institusi ini dan pengurusan kanan dalam inisiatif urus tadbir korporatnya,” katanya.

Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Syed Zaid mengumumkan pihak pengurusan memutuskan untuk memberi pelepasan istimewa ‘one-off’ kepada semua pekerja wanitanya pada tengah hari 8 Mac, bagi mengiktiraf usaha golongan itu menghadapi cabaran menyeimbangkan aspek kerjaya dan rumah tangga ketika tempoh COVID-19.

“Saya harap kita semua, lelaki dan wanita, akan memainkan lebih peranan dalam melawan sikap berat sebelah yang dihadapi wanita dalam masyarakat dan di tempat kerja.

“Apa yang kita mahukan ialah semua pihak, tanpa mengira jantina, mempunyai peluang yang sama untuk maju dan berjaya,” tambahnya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini