Prospek pendapatan Gamuda kekal positif

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan mengekalkan saranan positif terhadap Gamuda Bhd dengan jangkaan bahawa kumpulan itu akan terus mencatatkan pendapatan yang mantap pada tahun kewangan 2022 dan 2023.

MIDF Research berkata, ia positif terhadap sektor pembinaan, sejajar dengan pelaksanaan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT 3), beberapa projek infrastruktur lain dan kehadiran kukuh Gamuda di Australia ketika ia terus meraih projek mega di negara itu.

“Kami menyukai fakta bahawa ia akan terus mengagihkan dividen pada paras prapandemik dan positif dengan penjualan konsesi lebuh raya kumpulan, dijangka muktamad Ogos ini, yang akan menyaksikan dividen besar diberikan kepada pemegang saham,” katanya dalam satu nota.

Gamuda mengisytiharkan dividen interim kedua enam sen sesaham, menjadikan jumlah dividen kembali ke paras prapandemik 12 sen sesaham, yang biasanya diisytiharkan pada suku pertama dan suku ketiga tahun kewangan.

MIDF Research mengekalkan saranan ‘beli’ kepada saham Gamuda dengan harga sasaran RM4.02 sesaham.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd menyelaras naik unjuran perolehan tahun kewangan 2022 bagi Gamuda sebanyak 9.1 peratus, berikutan sumbangan segmen hartanah lebih kukuh, terutama dari Vietnam dan sumbangan lebih baik daripada segmen pembinaan domestik dengan keuntungan meningkat daripada projek MRT 2.

“Penarafan ‘outperform’ kali kekal dengan harga sasaran RM3.94 daripada RM4.09 sebelum ini,” katanya.

Satu lagi firma penyelidikan, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd turut mengekalkan saranan ‘tambah’ ke atas saham Gamuda dengan harga sasaran lebih tinggi RM4.35 berbanding RM4.25 sebelumnya.

Ia berkata, nilai pesanan kontrak tertunggak kumpulan mencecah paras tertinggi pada RM12.4 bilion, kebanyakannya dikuasai oleh projek di Australia yang bernilai RM8.5 bilion.

Katanya, pesanan kontrak luar negara, termasuk Taiwan dan Singapura, merangkumi 86 peratus daripada jumlah pesanan tertunggak.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini