STOCK SAHAM.CO

Prospek ekonomi tak menentu, risiko bertambah

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Prospek ekonomi yang tidak menentu pada 2023 meningkatkan risiko merentas semua sektor, kata Moody’s Analytics.

Dalam laporan mengenai hutang global bertemakan “A threat to government fiscal stability” (Ancaman kepada kestabilan fiskal kerajaan), ia berkata ekonomi yang lebih lemah dengan inflasi dan kadar faedah yang tinggi akan menjejaskan fiskal kerajaan dan sumber hasil.

“Keadaan kewangan isi rumah boleh menjadi lemah apabila kadar yang meningkat menjadikan hutang kadar boleh laras lebih mahal, menjejaskan nilai aset perumahan dan melemahkan pertumbuhan pendapatan sebenar.

“Korporat boleh menghadapi margin yang lebih kecil dan penilaian aset yang berkurangan kerana mereka berdepan kos yang lebih tinggi dan permintaan yang lebih lemah,” katanya.

Ia berkata, cabaran utama untuk mengurus hutang dalam tempoh terdekat terletak pada dasar fiskal kerajaan.

“Keupayaan untuk mengurus beban hutang yang tinggi dan potensi untuk menyatukan dasar fiskal pada tahun-tahun mendatang menunjukkan ke arah perselisihan yang berkekalan dalam kadar pertumbuhan global pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Ia berkata, ekonomi di pasaran sedang pesat membangun yang sedang bergelut dengan pembayaran balik hutang menghadapi risiko paling tinggi, terutama apabila penjanaan hasil, pegangan pertukaran mata wang asing dan imbangan perdagangan menjadi isu.

“Leveraj isi rumah menimbulkan risiko terbesar dalam beberapa pasaran baru muncul dan khususnya di China, yang mana gadai janji dan hutang pengguna telah meningkat dengan cepat.

“Tetapi ia kurang di AS dan Eropah, yang mana beban telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan di Amerika Latin, yang mana pasaran kredit isi rumah tidak berkembang sepenuhnya,” katanya.

Moody’s Analytics juga mengatakan bahawa beban hutang korporat menimbulkan beberapa tanda amaran, kecuali di China, yang mana hutang korporat yang meningkat dengan pesat bertindih dengan hutang kerajaan melalui mekanisme pembiayaan oleh kerajaan tempatan dan syarikat milik kerajaan.

Mengenai hutang, ia berkata hutang global masih belum jatuh dengan ketara di mana-mana rantau dunia dan ia terus meningkat di China.

Hutang yang tinggi dan berlarutan, sama ada di ekonomi maju, China atau pasaran baru muncul di seluruh dunia, kekal sebagai sumber tekanan terbesar terhadap keadaan fiskal dalam ekonomi global.

“Beban hutang kerajaan yang tinggi meningkatkan risiko penyatuan belanjawan yang pantas sekurang-kurangnya dan potensi untuk gagal membayarnya adalah paling teruk.

“Dan sememangnya, senario terburuk itu berlaku di Sri Lanka pada pertengahan Mei apabila kerajaannya tidak dapat memenuhi pembayaran hutang berjadual.

“Sri Lanka adalah kes ekstrem yang mana kerajaan menurunkan cukai, meningkatkan perbelanjaan dan membekukan kadar pertukaran mata wang, antara dasar lain, semuanya itu menanggung beban hutang yang tinggi,” katanya.

Moody’s Analytics berkata gabungan tadbir urus yang lemah dan beban hutang yang tinggi, sekurang-kurangnya dalam kalangan ekonomi pasaran sedang pesat membangun, mewujudkan risiko yang boleh berlaku di tempat lain dalam tempoh terdekat.

Ia berkata, walaupun nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di pasaran baru muncul adalah lebih rendah berbanding di ekonomi maju, nisbah itu telah melekat sejak pandemik.

“Sejak memuncak pada suku pertama 2021 pada 252.9 peratus daripada KDNK, nisbah agregat telah jatuh hanya kira-kira lima mata peratusan kepada angka akhir tahun sebanyak 247.8 peratus,” katanya.

Sementara itu, ia berkata banyak negara, terutama dalam pasaran baru muncul, masih mempunyai dasar fiskal akomodatif yang dimasukkan ke dalam belanjawan 2022 mereka.

“Bagaimanapun, berkemungkinan 2023 akan menjadi tempoh penyatuan fiskal yang pesat kerana defisit bajet dibawa semula dalam sasaran jangka panjang.

“Ini akan menambah tekanan kepada ekonomi global yang sudah dilanda oleh kenaikan inflasi, kekurangan beberapa komoditi makanan dan gangguan rantaian bekalan yang disebabkan oleh pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan dasar sifar COVID China,” tambahnya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini