STOCK SAHAM.CO

Petronas Chemicals catat prestasi kewangan kukuh

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) merekodkan prestasi kewangan kukuh pada suku kedua disokong kenaikan harga produk berikutan harga minyak mentah dan gas asli yang tinggi.

Bagi suku dikaji, pendapatan PCG melonjak 17 peratus kepada RM6.9 bilion daripada RM5.6 bilion, manakala keuntungan selepas cukai pula RM1.9 bilion.

Bagi tempoh separuh pertama 2022, PCG meraih pendapatan dan untuk selepas cukai lebih tinggi sebanyak 29 peratus dan 19 peratus, masing-masing kepada RM13.2 bilion dan RM3.9 bilion.

Perolehan Sebelum Faedah, Percukaian, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) dan margin EBITDA, bagaimanapun merosot kepada RM2.0 bilion dan sebanyak 30 peratus ekoran harga dan margin produk yang lebih tinggi telah mengurangkan kesan kepada penurunan sementara jumlah pengeluaran dan jualan.

Mengulas mengenainya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof, berkata sejak perang Rusia-Ukraine bermula pada Mac, harga produk kekal kukuh pada suku kedua 2022 disebabkan oleh harga minyak mentah dan gas asli yang tinggi.

Katanya, keadaa itu membantu mengurangkan kesan pengeluaran dan jumlah jualan PCG yang lebih rendah semasa aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan berjadual di loji baja kami di Sipitang, Sabah dan loji metanol di Labuan.

“Aktiviti adalah pengawalseliaan dan perlu untuk memastikan keselamatan jangka panjang, kebolehpercayaan dan kecekapan kemudahan kami. Memandangkan kami telah menyelesaikan semua aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan loji pada separuh pertama 2022, dijangkakan kadar penggunaan loji kami akan melebihi 90 peratus pada separuh tahun berikutnya,” katanya.

Mengenai prospek pasaran bagi separuh kedua, Mohd Yusri berkata, walaupun harga produk terus didorong oleh harga tenaga yang tinggi, PCG berpendapat peningkatan kos bahan mentah dan operasi ditambah dengan perintah berkurung China telah melemahkan permintaan, terutamanya bagi produk kimia hiliran.

“Harga olefin & derivatif dijangka akan stabil dengan peningkatan permintaan berikutan pelonggaran sekatan di China, menjelang aktiviti stok semula pada akhir tahun ini. Harga urea pula dilihat mempunyai beberapa pembetulan tetapi berkemungkinan akan kekal tinggi berbanding paras harga tertinggi,” katanya.

Berhubung projek pertumbuhan kumpulan, beliau menjelaskan, aktiviti pentauliahan di Kompleks Bersepadu Pengerang telah berkembang sejak Mei dan permulaan kemudahan petrokimia telah bermula secara berperingkat sejak Julai.

“Mengenai projek pertumbuhan lain, pembinaan loji Nitrile Butadiene Latex di Pengerang dan etoksilat dan poliol khusus di Kerteh juga sedang berjalan dengan lancar, lebih awal daripada tarikh operasi jadual pada separuh kedua 2023,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan pengambilalihan Perstorp Holdings AB (Perstorp), Mohd Yusri berkata, PCG menjangkakan untuk menyelesaikan transaksi pada awal suku keempat tahun ini.

“Pengambilalihan Perstorp adalah strategik untuk pertumbuhan lestari PCG ke arah merealisasikan matlamat pengembangan dan penyahkarbonannya. Sebagai platform pertumbuhan dalam portfolio bahan kimia khusus kami, Perstorp akan meningkatkan prestasi dan nilai jangka panjang PCG.

“Kami percaya pengambilalihan ini akan mengekalkan kesinambungan masa hadapan syarikat kami dalam menghadapi turun naik pasaran dan perubahan industri yang dinamik serta memajukan peralihan transformasi ke arah masa depan pelepasan karbon sifar bersih,” katanya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini