STOCK SAHAM.CO

Penyelesaian holistik untuk subsidi bahan api

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Mekanisme untuk sistem subsidi bahan api bersasar akan menjadi penyelesaian holistik untuk memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan sedang dalam proses memilih mekanisme itu dan akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi.

“Ia dalam proses…kami mahu memberi pilihan kepada orang ramai mengenai platform yang digunakan supaya golongan B40 dan M40 turut mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran platform i-Lindung oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini.

Tengku Zafrul berkata, kredibiliti dan keyakinan adalah penting dalam melaksanakan sistem terbabit kerana ia akan menjadi langkah utama yang meliputi seluruh negara, ia juga pada masa yang sama akan memberikan penjimatan terutamanya daripada golongan T20.

“Pelaksanaannya bergantung kepada Kabinet dan Perdana Menteri. Kementerian akan memastikan mempunyai penyelesaian yang betul dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Jika sistem ini berjaya…lebih cepat, ia adalah lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan menganggarkan subsidi untuk tahun ini mencecah RM77.7 bilion bermakna subsidi bahan api akan mencecah RM30 bilion.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini