Pengendali mudah alih mahu butiran tawaran pegangan #5G

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) terdiri daripada Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd ingin mengadakan perbincangan dan mendapatkan input daripada kerajaan mengenai butiran tawaran pegangan ekuiti yang dicadangkan berhubung dengan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) untuk 5G.

“Merujuk kepada pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai mengekalkan model SWN untuk 5G, MNO secara rasminya menyatakan minat kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk lebih mengetahui mengenai tawaran pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan proses untuk melangkah ke hadapan,” menurut satu kenyataan bersama oleh syarikat-syarikat terbabit.

“MNO berminat untuk bekerjasama dengan MOF/K-KOMM dan menantikan pendekatan yang biasa bagi mana-mana proses penggabungan dan pengambilalihan yang besar,” jelas kenyataan itu lagi.

“MNO mengesyorkan untuk menubuhkan pasukan projek untuk menyelaraskan proses itu seperti kajian daya maju, tempoh masa transaksi dan hal pentadbiran yang lain,” katanya.

MNO berkata, mereka kekal komited untuk memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan 5G dan dalam merealisasikan cita-cita digital negara.

“5G akan membawa manfaat yang besar kepada perniagaan, pelanggan dan kerajaan dalam memperkukuh daya saing Malaysia di rantau ini,” katanya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini