STOCK SAHAM.CO

Pelabur asing kekal jadi pembeli saham tempatan

KUALA LUMPUR: Pelabur asing terus menjadi pembeli bersih untuk minggu berakhir 20 Mei 2022, apabila mencatatkan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM26.15 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd ().

Dalam Laporan Aliran Dana mingguan, firma itu berkata, peruncit tempatan bertukar menjadi penjual bersih selepas lima minggu berturut-turut menjadi pembeli bersih, dengan aliran keluar bersih berjumlah RM8.03 juta.

“Sementara itu, institusi tempatan pula terus menjadi penjual bersih dengan kedudukan jualan bersih sebanyak RM18.12 juta minggu lalu,” kata firma penyelidikan itu.

MIDF Research berkata, sehingga kini, dana antarabangsa menjadi pembeli bersih untuk tempoh 16 daripada 20 minggu bagi tahun ini, mencatatkan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM7 bilion.

“Mereka adalah penjual bersih pada hari Selasa dan Rabu lalu, masing-masing merekodkan RM51.97 juta dan RM10.60 juta,” tambahnya.

Sementara itu, institusi tempatan adalah pembeli bersih pada Selasa dan Rabu minggu lalu, masing-masing mencatatkan RM57.68 juta dan RM13.23 juta.

Menurut MIDF Research, jualan bersih tertinggi dicatatkan pada hari Jumaat pada RM63.07 juta, manakala jualan bersih paling sedikit pada Khamis sebanyak RM25.96 juta.

Firma itu menambah, institusi tempatan menjadi penjual bersih selama 17 daripada 20 minggu setakat tahun ini, menjual ekuiti berjumlah sehingga RM8.11 bilion.

“Peruncit tempatan adalah penjual bersih dari Selasa hingga Khamis, dengan jumlah jualan bersih RM13.55 juta.

“Dengan pengecualian hari Jumaat, peruncit tempatan merekodkan belian bersih sebanyak RM5.52 juta untuk minggu itu,” katanya.

Dari segi penyertaan, pelabur asing menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak 13.14 peratus manakala peruncit tempatan mencatatkan penurunan sebanyak 1.06 peratus dan institusi tempatan turut merosot sebanyak 0.75 peratus.

MIDF Research berkata, merekodkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM2.92 juta minggu lalu, manakala menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak RM2.3 juta.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular