PDB, kerajaan bincang mekanisme harga bahan api

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) sedang mengadakan komunikasi rapat bersama Kementerian Kewangan berhubung cadangan mekanisme bahan api di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dunia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata terdapat beberapa isi perbincangan perlu dimuktamad dan diperhalusi bagi memastikan model mampan serta lancar yang boleh digunakan oleh negara ini.

“Jika dilihat Thailand hari ini, kita melihat harga minyak bersamaan RON95 adalah RM5 (seliter). Di Singapura, ia hampir kepada RM10 (seliter).

“Justeru, ada kebimbangan yang mendalam dari segi bajet subsidi bahan api yang perlu ditanggung oleh kerajaan,” katanya pada sidang media maya mengumumkan prestasi kewangan syarikat.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini