STOCK SAHAM.CO

#Paramount labur RM10 juta perkukuh e-dagang

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Paramount Corporation Bhd melabur RM10 juta dalam Commerce DotAsia Ventures Sdn Bhd (Commerce.Asia), ekosistem e-dagang semua dalam satu yang menyediakan penyelesaian sehenti bagi jenama, perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia Tenggara.

Pelaburan itu dibuat menerusi syarikat pelaburan milik penuhnya, Magna Intelligent Sdn Bhd (Magna) dan syarikat sekutu 30 peratus milik Magna, Omegaxis Sdn Bhd, yang memiliki Fundaztic.

Ia sejajar dengan pelan strategik lima tahun Paramount dari 2020 hingga 2024 untuk mengenalpasti sumber pendapatan baharu, terutama dalam ruang digital.

Paramount juga adalah pemohon utama sebuah konsortium yang memohon lesen perbankan digital daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Ketua Strategi Korporat dan Pelaburan Paramount, Tracy Gan, berkata pandemik mengubah tabiat pengguna dan mempercepatkan penggunaan e-dagang di seluruh dunia sejak dua tahun lalu.

“Justeru, pelaburan kami dalam Commerce.Asia adalah tepat pada masa berikutan ekosistemnya yang hujung ke hujung, trek rekod dan model perniagaan sehingga membolehkannya menggandakan pendapatan sejak 2020 serta mencatat keuntungan pada 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Commerce.Asia menguruskan perniagaan dalam talian pelanggan, bermula daripada membangunkan stor dalam talian hinggalah menguruskan penjualan produk menggunakan pelbagai e-marketplace, termasuk penyimpanan, pembayaran, penghantaran, pemasaran serta pengurusan tempahan.

Syarikat itu kini mempunyai lebih 92,000 penjual aktif yang menggunakan pelbagai platformnya, dengan nilai barangan kasar (GMV) berjumlah RM6.7 bilion tahun lalu.

Pelaburan strategik di dalam Commerce.Asia mewujudkan sinergi perniagaan yang kukuh dan membina aliran pendapatan baharu kepada kedua-dua kumpulan.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini