Nilai ringgit dijangka pulih sedikit hujung minggu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan ringgit kembali pulih dan meningkat sebanyak 0.9 peratus kepada 4.286 berbanding dolar AS minggu ini.

Menurut firma penyelidikan itu, dolar AS yang disifatkan sebagai mata wang selamat kemungkinan menyaksikan penurunan jangka pendek disebabkan kedudukan terlebih belinya, dengan gandingan dolar AS/ringgit diunjurkan diniagakan dalam julat 4.226 hingga 4.276.

“Sebaliknya, penembusan melepasi paras 4.350 mungkin menandakan kesinambungan kerancakan pergerakan nilai dolar AS,” katanya.

Bagaimanapun, Kenanga berkata ringgit mengalami tekanan jualan yang kukuh dan lemah sebanyak 2.11 peratus minggu ke minggu, kadar susut nilai terpantas dalam tempoh 109 minggu.

“Ringgit mencecah paras 4.30 buat kali pertama sejak Jun 2020 apabila indeks dolar AS (DXY) meningkat melepasi paras 101.0 disebabkan oleh sentimen ekonomi global yang lemah selepas pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell membayangkan bahawa kenaikan 50 mata asas pada bulan Mei mungkin berlaku.

“Selain itu, ringgit juga tertekan oleh kelemahan yuan, terutamanya disebabkan oleh pengaliran keluar modal China,” katanya.

Bagi minggu ini, ia berkata DXY dijangka kekal kukuh dan stabil pada sekitar paras 100.0, manakala yuan China mungkin terus lemah menghampiri tahap ambang 6.50 – kedua-dua sebab ini mungkin boleh terus mempengaruhi kebanyakan mata wang Asia termasuk ringgit.

“Dalam ketidaktentuan pasaran yang kian meningkat, ringgit mungkin kekal dalam arah aliran menurun dan berlegar antara 4.30 hingga 4.35.

“Bagaimanapun, susut nilai mata wang tempatan mungkin dihadkan oleh kekurangan pemangkin yang memberi kelebihan kepada dolar dan potensi pembetulan pasaran,” tambahnya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini