STOCK SAHAM.CO

NCT bangunkan semula #LembahGenting

Facebook
Twitter
WhatsApp

HULU SELANGOR – Pemaju hartanah, NCT Group of Companies bakal membangunkan projek perumahan terbengkalai di Lembah Genting, Batang Kali dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM570 juta.

Projek Ion Belian Garden bakal menjadi pembangunan terbesar di utara Selangor yang berkonsepkan persekitaran semula jadi di tapak berkeluasan 42 hektar.

Pengarah Urusan NCT Group, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, projek terdahulu yang melibatkan 665 banglo itu terbengkalai hampir 17 tahun dengan lebih 200 pembeli menjadi mangsa.

Menurut beliau, syarikat diamanahkan untuk membangunkan semula projek itu berikutan rekod dan prestasi syarikat dalam segmen pemulihan selain pengalaman dalam hartanah.

“Ion Belian Garden merupakan projek gajah putih berskala besar yang ketiga bagi NCT Group selepas Bandar Baru Salak Tinggi dan Billion Court, Genting Highlands, Pahang.

“Projek tersebut boleh diakses secara strategik dengan destinasi pelancongan seperti Genting Premium Outlet dan Genting Skyworlds Theme Park yang merupakan tarikan utama pembeli rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Kumpulan NCT Group, Datuk Joe Yap Fook Choy dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim.

Ion Belian Garden terdiri daripada lima presint iaitu 149 unit rumah teres setingkat, 1,009 unit rumah teres dua tingkat dan sembilan unit rumah kedai dua tingkat.

Pembangunan yang dijangka siap menjelang 2025 itu dibuka untuk jualan pada harga bermula RM250,000 hingga RM801,300.

Selain kawasan Batang Kali dan Rawang Bypass, Ion Belian Garden terletak berdekatan kemudahan seperti stesen KTM Batang Kali, perkhidmatan penjagaan kesihatan, institusi pendidikan dan kedai serbaneka.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini