MDC Asia sasar penyenaraian di Bursa Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: MDC Asia Link Bhd (MDC Asia), penyedia penyelesaian perubatan halal yang juga pemilik hospital Pusrawi Kota Damansara, menyasar untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang menerusi pelaksanaan pelan masa hadapannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia, Dr Aslan Bacho, berkata kumpulan itu bercadang melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) menjelang 2024.

Beliau berkata, ia adalah berdasarkan kepada pembukaan hospital pertamanya di Kota Damansara yang lebih awal daripada jangkaan.

Ini katanya menjadikan pelan pengembangan kumpulan berada di landasan yang tepat.

“Langkah pertama ini membolehkan kumpulan untuk meneruskan agenda menubuhkan satu hospital pakar pergigian, empat hospital bersalin dan 99 rangkaian klinik pergigian serta perubatan menjelang 2025.

“Penubuhan itu akan dilaksanakan melalui pemilikan kepentingan majoriti atau penuh serta pembinaan hospital dan klinik baru.

“Kami juga percaya, langkah ini turut memberi impak kepada pembukaan peluang pekerjaan terutamanya di dalam sektor perubatan pasca pandemik COVID-19 ini,” katanya selepas pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik MDC Pusrawi Kota Damansara.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Mengulas lanjut, Aslan berkata, Hospital Bersalin dan Poliklinik MDC Pusrawi Kota Damansara juga akan menjadi hospital yang menyediakan perkhidmatan komprehensif semua dalam satu.

Beliau berkata, ia melalui langkah kumpulan menyediakan perkhidmatan rawatan awal ketika hamil, khidmat bersalin dan pusat penjagaan ibu serta anak ketika dalam pantang.

Ini katanya menjadikan MDC Asia antara syarikat pertama yang terbabit dalam sektor kesihatan menyediakan perkhidmatan menyeluruh sebegitu di Malaysia.

“Perkhidmatan Hospital Bersalin dan Poliklinik MDC Pusrawi Kota Damansara akan dilaksanakan secara berperingkat dengan ketika ini untuk rawatan dan bersalin sebelum memulakan operasi pusat penjagaan ibu dan anak ketika dalam pantang pada suku kedua ini,” katanya.

Aslan berkata, berkonsepkan ‘Beyond Healthcare’ iaitu melangkaui dunia kesihatan, MDC Asia juga mempunyai visi ke arah menjadi “A Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asia” iaitu sebagai peneraju Halal didalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

Beliau berkata, pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini turut menjadi permulaan kepada langkah kumpulan untuk terus memperkukuhkan kehadiran di dalam sektor kesihatan Halal di Malaysia dan seluruh rantau ini.

“Langkah kumpulan mengambil alih dan memberi wajah baru kepada Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi , Kota Damansara ini adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan Halal.

“Perancangan kumpulan memiliki hospital serta pelbagai perkhidmatan kesihatan lain adalah bagi memberikan orang ramai pilihan perubatan yang terbaik pada harga mampu

milik,” katanya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini