STOCK SAHAM.CO

Malaysia rugi AS$65 bilion jika firma tempatan abai ESG

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal kehilangan pendapatan mencecah AS$65 bilion jika syarikat tempatan tidak menjadikan amalan alam sekitar, sebagai asas operasi perniagaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif , Eugene Wong Weng Soon, berkata kajian Standard Chartered mendedahkan syarikat multinasional (MNC) akan mengurangkan jumlah pembekal sehingga hampir 80 peratus bagi memenuhi sasaran peralihan karbon menjelang 2025.

“Malah, MNC lain merancang membayar premium lebih rendah kepada pembekal selaras dengan usaha mesra alam ini. Jika kita tidak perbetulkan, Malaysia akan kehilangan pendapatan mencecah RM65 bilion,” katanya ketika menjadi speaker webinar Maybank Invest ASEAN 2022 bertajuk ‘ASEAN Framing a Future', di sini.

Turut serta, Pakar Sektor Kewangan Asia Tenggara Bank Pembangunan Asia (ADB), Mohd Sani Mohd Ismail; Naib Presiden Eksekutif Bahagian ESG Bank of Ayudhya, Poonsit Wongthawatchai; dan Rakan Bersekutu Kanan Kelestarian dan Kewangan Mampan Singapore Exchange Limited, Timothy Tan.

Moderator bagi sesi perbincangan maya itu ialah Ketua Penyelidikan Filipina Maybank Investment Banking Group, Jacqui de Jesus.

Weng Soon berkata, penggunaan ESG dalam perniagaan juga membuka peluang penting kepada Malaysia dengan potensi bernilai sehingga AS$1 trilion tambahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Justeru, beliau berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai tulang belakang ekonomi negara perlu menjadi sebahagian besar daripada elemen berasaskan amalan ESG.

Katanya, PKS perlu mencari jalan untuk memenuhi agenda kelestarian dan sumber berdaya tahan, memandangkan kemampanan akan menjadi sebahagian daripada aspek perniagaan pada masa depan.

“Jadi mereka (PKS) harus berubah. Saya tahu perubahan ini mencabar. Satu cara yang boleh dilaksanakan adalah rantaian bekalan. Ini kerana sebahagian daripada rantaian bekalan termasuk pelanggan sudah menetapkan sasaran pelepasan sifar bersih.

“Jika PKS tidak menyelaraskan perniagaan ke arah ini, mereka sebenarnya akan dikecualikan dalam rantaian bekalan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Sani berkata, PKS adalah bahagian penting dalam perjalanan menuju ke amalan ESG.

“Saya berpendapat adalah sangat penting untuk membantu PKS ke arah peralihan kerana ia sudah pasti menjadi tulang belakang kepada ekonomi. Kerajaan perlu memainkan peranan dalam membantu mereka membuat peralihan,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular