Malaysia miliki komposisi lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.

Ia juga mencatatkan peratusan tertinggi berbanding ekonomi yang serupa seperti Singapura (17.6 peratus), Thailand ( 17.8 peratus) dan Hong Kong (13.9 peratus).

Satu kajian terkini oleh Deloitte dengan kerjasama The 30% Club mendapati Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ketua pegawai kewangan di kalangan negara -negara Asia yang ditinjau (34.9 peratus), lebih dua kali ganda daripada purata global yang merekodkan 15.7 peratus.

Bagaimanapun, negara ini masih empat peratus kurang daripada sasaran 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah seperti yang ditetapkan pada 2020, katanya.

Sasaran itu yang ditetapkan oleh kerajaan semasa 2011, Pelan Tindakan Tadbir Urus (CG) Korporat 2011 dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2021 (MCCG 2021) menyatakan jika sasaran ini tidak dipenuhi, lembaga berkenaan akan mengumumkan pelan khusus serta jangka masa bagi mencapai tahap tersebut.

Lembaga itu juga akan mengkaji semula penyertaan wanita dalam peranan pengurusan kanan untuk memastikan terdapat bekalan bakat yang sentiasa mantap.

Kajian itu mendedahkan bahawa topik kepelbagaian jantina yang lebih besar dalam lembaga pengarah serta tenaga kerja terus menjadi keutamaan perbincangan di kalangan pengawal selia dan organisasi.

Antara perubahan ketara di bawah tinjauan semula 2021 kepada MCCG adalah keperluan kepelbagaian jantina 30 peratus yang dilanjutkan kepada semua syarikat (firma-firma dalam Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia atau mereka yang mempunyai permodalan pasaran berjumlah RM2 bilion dan ke atas).

“Harus ada penglibatan aktif daripada lembaga dengan sokongan jawatankuasanya, sebagai contoh : Jawatankuasa Pencalonan untuk memacu agenda ini dalam sesebuah organisasi.

“Adalah disyorkan agar organisasi mempunyai pelan penggantian yang komprehensif yang boleh digunakan untuk bukan sahaja mengenal pasti calon bagi posisi dalam lembaga pengarah dan pasukan pengurusan, tetapi juga untuk tujuan latihan serta pembangunan,” menurut Pengarah Eksekutif bagi Nasihat Risiko Deloitte Malaysia, Muzafar Kamal berkata.

Edisi ketujuh laporan yang berjudul ‘Wanita di Bilik Lembaga Pengarah : Satu Perspektif Global’ itu turut mendedahkan peratusan wanita di kerusi lembaga dalam rantau Asia Tenggara adalah lebih baik dengan purata 17.1 peratus berbanding 14.3 peratus pada 2018.

Angka itu mengatasi purata Asia sebanyak 11.7 peratus dan sedang menghampiri purata global pada 19.7 peratus.

Penemuan ini mengukuhkan bahawa walaupun penyertaan wanita dalam lembaga pengarah di rantau ini telah meningkat sejak 2018, persepsi serta mungkin penerimaan wanita dalam kedudukan kepimpinan tertinggi adalah berbeza di seluruh geografi.

“Tempoh wanita dalam lembaga pengarah di Asia Tenggara adalah terus stabil atau wujud penurunan, dengan Singapura merekodkan tempoh purata yang semakin berkurangan iaitu dari 5.0 tahun kepada 4.4 tahun.

“Peratusan perubahan untuk tempoh turut menurun di Malaysia serta Filipina, yang mungkin disebabkan oleh individu wanita yang semakin ramai dicalonkan di negara -negara berkenaan, yang mana secara menyeluruh, penyertaan wanita dalam lembaga pengarah telah bertambah,” kata laporan itu.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini