Malaysia bakal terima lebih banyak pelaburan ESG

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjangkakan lebih banyak pelaburan dalam Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dapat diperoleh tahun ini, sekali gus membolehkan sasaran pelaburan keseluruhan bagi 2022 mampu dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman, berkata pelaburan ESG tidak hanya membabitkan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) baharu, tetapi pengukuhan pelaburan daripada syarikat sedia ada di Malaysia.

“ESG adalah agenda global dan semua industri perlu mematuhi dan memastikan mereka turut menerapkan elemen ini dalam perniagaan. Pelaksanaan ESG juga turut disokong oleh kerajaan dan memastikan ekosistemnya di Malaysia turut kekal kukuh.

“Kami ingin melaksanakan semua dasar memudah cara dan kemudahan sokongan bagi memastikan Malaysia bersedia bukan sahaja untuk memudahkan syarikat sedia ada, tetapi juga untuk menjadi tuan rumah pelaburan hijau baharu dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Forum Agenda ESG Malaysia di sini.

Arham berkata, secara keseluruhannya, pelaburan FDI dan DDI pada tahun ini juga dijangka mencapai sasaran yang ditetapkan.

Beliau berkata, walaupun tidak dapat mencapai RM306.5 bilion seperti yang direkodkan pada tahun lalu, tetapi MIDA menjangkakan jumlah pelaburan tahun ini kekal kompetetif.

“Perlu diingat pelaburan pada tahun lalu adalah disebabkan pelaburan luar biasa yang tinggi dalam kalangan peserta semikonduktor.

“Ini kerana, sektor semikonduktor akan meletakkan pelaburan yang tinggi bagi pengembangan dalam setiap beberapa tahun dan ia terjadi pada tahun lalu.

“Ia juga berdasarkan kepada pelbagai faktor seperti permintaan tinggi dan gangguan rantaian bekalan global disebabkan pandemik,” katanya.

Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan yang tertinggi dalam sejarah pada tahun lalu berjumlah RM306.5 bilion dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama, meskipun ekonomi global masih berdepan persekitaran yang mencabar akibat pandemik COVID-19.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini