STOCK SAHAM.CO

KWAP sasar tingkat saiz dana kepada RM200 bilion

KUALA LUMPUR: melancarkan program tiga tahunnya dikenali dengan sasaran mencapai saiz dana kasar RM200 bilion menjelang 2025.

Sehingga akhir 2021, badan berkanun yang menguruskan skim pencen bagi pekerja awam Malaysia itu memilik saiz dana berjumlah RM159 bilion.

TERAS 5 akan berasaskan lima tunggak utama iaitu Struktur, Tadbir Urus, Modal Insan, Proses dan Digital yang akan memacu lapan aliran kerja termasuk Struktur Organisasi, Syarikat, Pelaburan, Sumbangan & Perkhidmatan Persaraan, Digital, Modal Insan & Budaya, Perkhidmatan Korporat serta Risiko, Tadbir Urus dan Pengawasan.

Lapan aliran kerja itu telah ditetapkan untuk memacu pelaksanaan 44 inisiatif, termasuk inisiatif utama yang berkaitan dengan penjajaran semula fungsi dan penstrukturan keseluruhan organisasi ke arah struktur berasaskan rantaian nilai dan penghalusan rangka kerja tadbir urus.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kementeriannya yakin KWAP akan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan itu.

Beliau berkata, pelan seperti TERAS 5 akan memastikan organisasi itu bersedia untuk mencapai visi baharunya untuk menjadi dana persaraan yang menyokong pembangunan negara dengan terus menyampaikan manfaat bagi ahlinya.

“Melalui TERAS 5, Kementerian Kewangan yakin KWAP akan dapat mencapai sasarannya untuk mengembangkan saiz dana secara mampan dengan jumlah kasar RM200 bilion dan meningkatkan jumlah aset harta daripada 17 kepada lebih 30 serta mempunyai lebih 35 subsidiari menjelang 2025,” katanya pada pelancaran TERAS 5 KWAP di sini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi KWAP, Datuk Seri Asri Hamidon dan Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Nik Amlizan Mohamed.

Tengku Zafrul berkata, KWAP selama ini telah memenuhi dan menjangkaui mandatnya dalam ekosistem persaraan di Malaysia sebagai penyampai perkhidmatan kerajaan kepada pesara.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 2007, KWAP telah berkembang maju sebagai sekumpulan syarikat yang telah meluaskan portfolio pelaburannya sebanyak tiga kali ganda dari dana bernilai RM41.9 bilion pada 2007 kepada sekitar RM159 bilion pada hari ini.

Katanya, selain daripada menguruskan dana persaraan, KWAP turut dilantik oleh kerajaan sebagai ejen untuk melaksanakan perkhidmatan pembayaran persaraan pada 2015 dan telah mencapai skor tahap perkhidmatan sebanyak 98 peratus pada tahun lalu.

“Saya yakin bahawa KWAP telah mengambil tindakan yang tepat pada masanya, untuk melancarkan TERAS 5. Ini sememangnya sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mengoptimumkan kekuatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sekali gus mengukuhkan ekonomi Malaysia dan melindungi keperluan fiskal semasa dan masa depan negara,” katanya.

Mengulas lanjut TERAS 5 KWAP, Nik Amlizan berkata, pengurus dana pencen itu memulakan penstrukturan semula melalui TERAS 5 dari titik permulaan yang kukuh.

Beliau berkata, KWAP telah mencapai pendapatan bersih tertinggi yang belum diaudit pada 2021 iaitu sebanyak RM10 bilion.

Katanya, TERAS 5 dibangunkan sepenuhnya oleh KWAP bagi mengukuhkan asasnya supaya ia bersedia untuk menghadapi masa depan dan berkembang secara mampan, khasnya dari sudut Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), dengan sokongan 44 inisiatif untuk manfaat pihak berkepentingan dan negara.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular