STOCK SAHAM.CO

Kontrak RM580 juta di Brazil perkukuh prospek Sapura Energy

KUALA LUMPUR: Prospek dijangka kekal positif selepas syarikat itu memeterai kontrak pajakan dan perkhidmatan dengan Petroleo Brasileiro SA di .

Ia selepas Sapura Energy ketika ini sedang berhadapan dengan krisis kewangan.

Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya berkata, lanjutan kontrak itu adalah sejajar dengan strategi bangkit semula kumpulan untuk cuba mendapatkan lebih banyak kontrak berasaskan aset, seperti melalui kapal dan pelantar penggerudian, kerana bentuk kontrak sedemikian memerlukan perbelanjaan modal kerja yang lebih kecil.

“Kekurangan akses syarikat kepada kemudahan kredit telah menjadikan pelaksanaan projek untuk kerja kejuruteraan dan pembinaan biasa sangat tidak menentu.

“Ini juga pengumuman kemenangan kontrak kedua kumpulan bagi setakat tahun ini, menjadikan nilainya kepada RM3.3 bilion, dengan nilai pesanannya telah mencecah RM8 bilion,” katanya.

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan perkhidmatan daripada Petroleo Brasileiro SA di Brazil.

Kontrak itu diberikan kepada Sapura Navegacao Marítima membabitkan sambungan selama dua tahun bagi kapal sokongan pemasangan paip (PLSV) Sapura Esmeralda bernilai RM580 juta.

Sapura Navegacao Marítima adalah anak syarikat milik penuh Seabras Sapura Participacoes SA, sebuah syarikat usaha sama antara Sapura Offshore Sdn Bhd dan Seabras Servicos De Petroleo SA.

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata, walaupun terdapat berita positif mengenai lanjutan kontrak, ia masih tidak mencukupi untuk memulihkan status kewangannya.

Katanya, saham syarikat itu pada ketika ini masih diklasifikasikan di bawah PN17, dengan juruauditnya memberikan ketidakpastian berkaitan status usaha berterusan kumpulan.

Sapura Energy juga, katanya masih menanggung hutang yang tinggi sebanyak RM10.7 bilion, kesemuanya diklasifikasikan sebagai pinjaman jangka pendek.

“Oleh itu, kami merasakan beberapa bentuk campur tangan luar, contohnya penstrukturan semula struktur pinjaman semasa, potongan kadar faedah daripada bank atau kemunculan pelabur mungkin perlu dilaksanakan sebelum syarikat menjangkakan pemulihan yang mampan,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular