STOCK SAHAM.CO

Keuntungan bersih MFM suku ketiga naik kepada RM46 juta

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Malayan Flour Mills Bhd meningkat kepada RM46.21 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 daripada RM3.91 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Ia dirangsang oleh bahagian keuntungannya daripada usaha sama ekuiti, Dindings Tyson Sdn Bhd.

Bagaimanapun, kumpulan itu mencatatkan keuntungan operasi yang lebih rendah sebanyak RM41.10 juta pada suku di bawah kajian daripada RM48.21 juta pada suku ketiga 2021 kebanyakannya disebabkan oleh keuntungan yang lebih rendah daripada segmen perdagangan tepung dan bijirin.

Hasil meningkat 28.8 peratus kepada ٍRM799.45 juta pada suku ketiga 2022 berbanding RM620.52 juta sebelumnya.

“Ini disebabkan oleh jualan lebih tinggi dicatatkan dalam segmen dagangan tepung dan bijirin yang meningkat sebanyak 28.7 peratus,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Malayan Flour Mills berkata bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2022, hasil meningkat kepada RM2.10 bilion daripada RM1.73 bilion, ia disokong oleh strategi pelarasan harga dalam segmen perdagangan tepung dan bijirin.

Bagaimanapun, keuntungan bersih untuk bagi tempoh sembilan bulan untuk tahun 2022 turun kepada RM98.17 juta daripada RM149.88 juta tahun ke tahun.

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata industri tepung di Malaysia dijangka mengalami cabaran untuk baki 2022 berikutan ketidaktentuan makro yang berterusan.

“Walaupun beberapa harga komoditi mula stabil, harga gandum dijangka kekal meningkat sehingga 2023 dengan perubahan cuaca global.

“Inflasi yang meningkat dan kelemahan ringgit dalam menghadapi dolar US yang kukuh akan menambahkan lagi tekanan kos,” katanya.

Malayan Flour Mills berkata ia akan terus memantau harga gandum global dan bekalan gandum kerana faktor-faktor ini akan memberi kesan kepada harga tepung pada masa hadapan.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini