STOCK SAHAM.CO

Kejatuhan mata wang kripto membimbangkan

Facebook
Twitter
WhatsApp

NEW YORK: Penurunan dalam pasaran mata wang kripto sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa sektor itu turut tertakluk kepada risiko yang sama dengan pelaburan konvensional.

Ia sekali gus menggariskan keperluan supaya terdapat kawal selia untuk melindunginya daripada ‘tarikan palsu’ mendapatkan keuntungan dengan segera, kata Naib Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Lael Brainard.

“Sistem kewangan kripto dilihat terdedah dengan risiko sama yang biasa dihadapi kewangan tradisional,” kata Brainard pada persidangan Bank of England.

“Maka, inilah masa yang tepat untuk memastikan bahawa risikonya adalah tertakluk kepada hasil kawal selia dan pendedahan untuk membantu pelabur membezakan antara ketulenan, inovasi bertanggungjawab dan tarikan palsu pulangan yang dilihat mudah sehingga mengaburkan risiko besar.”

Kenyataannya dibuat ketika kejatuhan bitcoin dan mata wang digital lain terus berlaku merentasi industri itu, sehingga memberi masalah kepada peserta dalam pasaran kewangan yang baru bermula itu.

Ini termasuklah pemfailan kebankrapan oleh penyedia pinjaman kripto Amerika Syarikat (AS), Voyager Digital; kejatuhan mata wang kripto Terra; pembubaran lindung nilai mata wang kripto berpangkalan di Singapura, Three Arrows Capital; serta tindakan oleh penyedia pinjaman kripto, Celsius untuk menggantung penebusan pelanggan.

Brainard berkata, di sebalik kerugian pelaburan setakat ini, sistem kewangan kripto dilihat belum lagi besar atau saling berhubung dengan sistem kewangan tradisional untuk mencetuskan risiko sistemik.

Kenyataannya itu dibuat sehari selepas Gabenor Fed, Christopher Waller turut menekankan risiko daripada mata wang kripto, namun berkata bahawa masalah itu masih belum mengancam institusi kewangan besar.

“Itu tidak bermakna jika ia 10 kali lebih besar tidak akan memberikan impak,” kata Waller dalam satu perbincangan bersama National Association for Business Economics.

“Adalah penting bahawa asas bagi kawal selia yang mantap bagi sistem kewangan kripto diwujudkan sekarang sebelum ekosistem kripto menjadi amat besar atau saling berhubung sehingga ia boleh mencetuskan risiko kepada kestabilan sistem kewangan lebih meluas.”

Waller berkata, penurunan dalam mata wang kripto kebelakangan ini menedahkan dakwaan yang salah bahawa pelaburan sedemikian boleh terlindung daripada inflasi, atau cara untuk mengimbangi aset berisiko lain.

“Aset-aset kripto telah merosot nilai dan terbukti amat berkait dengan ekuiti lebih berisiko dan selera risiko yang lebih umum,” kata Weller.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini