STOCK SAHAM.CO

Karnival UDA USHAniaga pupuk budaya keusahawanan

BAHRU: Karnival UDA USHAniaga menjadi antara platform untuk membantu peniaga khususnya kecil memasarkan produk, sekali gus membudayakan aktiviti keusahawanan kepada generasi akan datang.

Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, UDA bersama-sama berperanan untuk mendokong aspirasi memperkasa dan melahirkan lebih ramai keluarga usahawan di negara ini.

Beliau berkata, penganjuran karnival itu di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall di Johor Bahru berakhir semalam yang membabitkan 133 usahawan, mampu menonjolkan kembali produk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), seterusnya mengukuhkan serta mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Karnival ini menyediakan peluang untuk memperkasa pelbagai latar belakang usahawan ini. Sebelum ini, ia diadakan di dan . Sambutan daripada ‘Keluarga Usahawan' termasuk usahawan wanita bagi menjayakan karnival ini adalah amat menggalakkan.

“Menerusi penganjuran sebelum ini, UDA berjaya menghimpunkan 300 ruang pameran di dua lokasi dengan jualan keseluruhan RM6.5 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia peringkat Johor, baru-baru ini.

Norliza berkata, pencapaian itu membuktikan bahawa UDA prihatin dalam menyediakan ruang serta peluang perniagaan terutamanya kepada golongan PMKS yang turut terkesan akibat pandemik .

“Saya berharap usaha UDA mampu membantu ke arah kelangsungan perniagaan dan memartabatkan aktiviti keusahawanan yang turut menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Norliza turut menggalakkan usahawan, peniaga dan pengguna untuk mempergiat aktiviti ekonomi tempatan dalam usaha mengurangkan kesan inflasi ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.

Beliau berkata pihaknya akan membantu peniaga dan usahawan di bawah agensi berkenaan untuk memasarkan produk ke pasaran antarabangsa.

Karnival berkenaan menyasarkan penyertaan usahawan tempatan meliputi pelbagai kategori perniagaan seperti makanan dan minuman, perhiasan diri, fesyen serta tekstil, selain jenama terkemuka oleh usahawan selebriti.

Ia akan diadakan di lokasi seterusnya iaitu dan .

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular