STOCK SAHAM.CO

Kadar faedah dijangka naik sehingga tahun depan

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan kenaikan 100 mata asas (bps) dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk tempoh antara separuh kedua 2022 dan separuh pertama tahun depan (2023).

Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias, berkata ia berikutan proses dasar monetari akomodatif Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermula dengan kenaikan 25 bps pada Mei.

Beliau menjangka BNM akan mengumumkan 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) minggu ini dan 25 mata asas lagi menjelang suku keempat 2022 dan 50 mata asas lagi pada separuh pertama 2023.

“Jangkaan kami ialah setiap kenaikan 25 bps pada asasnya akan mengurangkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar sebanyak 0.2 mata peratusan tdalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Dan implikasi kenaikan OPR termasuk peningkatan pembayaran balik gadai janji sebanyak tiga peratus,” katanya pada taklimat tinjauan pasaran Maybank IB Separuh Kedua 2022 yang diadakan secara maya.

Suhaimi berkata, BNM akan menaikkan OPR disebabkan permintaan dalam negeri yang semakin meningkat dan kadar inflasi teras yang meningkat.

Beliau berkata, Maybank IB telah menyemak semula unjuran kadar inflasi tahun ini kepada 3.4 peratus daripada 2.7 peratus sebelum ini dan meningkatkan unjuran kadar inflasi pada 2023 kepada 4.1 peratus daripada 2.5 peratus.

“Ini kerana, kami telah memasukkan harga barangan makanan yang lebih tinggi seperti minyak masak dan ayam, mulai bulan ini berikutan harga siling lebih tinggi untuk ayam standard dan pemansuhan subsidi harga untuk minyak masak botol serta jangkaan bahawa subsidi bahan api akan disemak semula tahun depan,” katanya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini