STOCK SAHAM.CO

Industri perbankan #Islam di #Malaysia kekal stabil

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: RAM Ratings mengekalkan tinjauan stabilnya terhadap industri perbankan Islam negara kerana menjangkakan ia kekal berdaya tahan walaupun menghadapi risiko yang berlarutan daripada COVID-19.

Dalam satu kenyataan semalam, RAM berkata, industri itu bersedia untuk meneruskan usaha ke arah penggunaan pengantaraan berasaskan nilai (VBI) yang lebih meluas.

“Peningkatan tumpuan terhadap kewangan mampan Islam telah mewujudkan peluang baharu, membolehkan bank membina amalan dan penyelesaian berasaskan nilai sedia ada mereka untuk mengukuhkan impak VBI.

“Ini menempatkan bank-bank Islam dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan Pengurusan Risiko Iklim dan Analisis Senario Bank Negara Malaysia (BNM), berkuat kuasa 1 Jun 2022,” katanya.

Sementara itu, agensi penarafan itu berkata BNM berkemungkinan memberikan sekurang-kurangnya satu lesen bank digital kepada pemohon yang mempunyai nilai kewangan Islam yang kukuh, mengesahkan peranan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam global yang mantap.

“Bagaimanapun kami tidak melihat bank digital menimbulkan ancaman besar kepada perbankan Islam domestik atau sektor perbankan secara amnya dalam jangka terdekat hingga sederhana,” tambahnya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini