Harga emas meningkat kepada RM247 dari RM244 segram

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Harga emas pukal melonjak kepada kira-kira RM247 segram daripada RM243 segram yang dicatat pada awal bulan ini, susulan kebimbangan baharu mengenai kenaikan inflasi dan jangkaan bank pusat Amerika Syarikat menaikkan lagi kadar faedah.

Agensi berita Reuter melaporkan harga spot emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,717.17 seauns atau kira-kira RM247.92 segram awal pagi tadi. Niaga hadapan emas AS tidak berubah pada AS$1,728.70.

Harga logam berharga itu diniagakan pada AS$1,696.89 seauns atau RM244.25 segram pada awal bulan ini.

Indeks dolar AS terus menghampiri paras terendah lebih daripada satu minggu pada Jumaat lalu.

Dolar AS yang lebih lemah menjadikan emas lebih murah untuk pembeli yang memegang mata wang lain.

Bank pusat AS dijangka akan menaikkan lagi kadar faedah mereka menjelang mesyuarat dasarnya pada 20 hingga 21 September ini.

Data indeks harga pengguna AS, yang dikeluarkan pada Selasa, dijangka menunjukkan bahawa harga meningkat pada kadar 8.1 peratus sepanjang tahun pada Ogos, berbanding 8.5 peratus pada Julai.

Sementara itu, penggubal dasar Bank Pusat Eropah melihat peningkatan risiko bahawa mereka perlu menaikkan kadar faedah utama mereka kepada dua peratus atau lebih.

Ia bagi mengekang rekod inflasi tertinggi di zon euro, walaupun terdapat kemungkinan berlakunya kemelesetan.

Permintaan emas fizikal di beberapa hab Asia kekal kukuh minggu lalu, berikutan harga yang lebih rendah menarik pembeli, walaupun kenaikan dalam kadar domestik menghalang pembelian di India.

Pegangan SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa bersandarkan emas terbesar di dunia, turun 0.16 peratus kepada 966.64 tan pada Jumaat lalu, daripada 968.15 tan pada Khamis.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini