STOCK SAHAM.CO

Ekspo Metal Engineering akan bermula Rabu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Ekspo Metal Engineering (MTE) kembali dianjurkan pada tahun ini selepas dua tahun tertangguh susulan pandemik COVID-19.

Pameran kejuruteraan dan automasi terkini itu bakal berlangsung selama empat hari bermula 25 Mei di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

Pengarah Urusan MTE Exhibition Sdn Bhd, Dennis Lim, berkata MTE mampu memartabatkan kembali industri dan menghubungkan perdagangan dalam membina hubungan serta penyelesaian baharu dalam kejuruteraan, kerja logam, fabrikasi dan automasi.

“Dalam tempoh empat hari, pameran perdagangan itu dijangka dapat mengumpulkan pemain industri jentera dan logam (M&M) di Malaysia.

“Sebagai salah satu penyumbang utama kepada ekonomi negara dan antara yang terbesar dan terkuat di rantau ini, sektor M&M Malaysia memacu peralihan negara kepada Revolusi Industri 4.0,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata, MTE kali ini juga berpotensi menjadi pintu masuk yang ideal kepada industri kejuruteraan dan fabrikasi logam Asia Tenggara.

Beliau berkata, sebagai pameran perdagangan khusus yang banyak disokong oleh pemain tempatan, pameran itu telah berkembang menjadi pameran pilihan kepada semua.

“Ketika negara kita bergerak ke arah negara Industri 4.0, terdapat peningkatan permintaan dalam mesin dan peralatan automasi yang boleh membantu mengautomasikan dan mendigitalkan aliran kerja di kilang.

“Ditambah dengan insentif kerajaan dan program rebat, saya pasti penganjuran MTE ini tepat pada masanya akan menyediakan platform unik kepada pihak berkepentingan industri,” katanya.

Pameran perdagangan MTE disertai lebih daripada 250 syarikat yang mengambil bahagian dari 23 buah negara.

Pempaper akan mempamerkan penyelesaian terkini dalam automasi, kejuruteraan logam dan fabrikasi, yang akan membantu pengilang maju ke arah status Industri 4.0 serta menghidupkan semula aktiviti ekonomi.

Beberapa jenama dan pempamer utama yang terbabit dalam MTE kali ini antaranya adalah AKA Machine Tools, Amcoweld, AM Machinery, Mal-Autonics, CK Mac, Dynaweld, Engineering Aids, Estun, Fischer, Glomato Technologies, Haas, Hasil Karya, Highrise Industries, Letromec, Lixin, LTH Machinery, Mi4 ioT Technologies, MES Moulding, ML Precise, Newton Automation, Nippon Bearing, RA Machinery, Solid Black, TTMC Welding, Tongtai, V-Tech Machinery, Vista Instrument dan YCE Engineering.

MTE 2022 dijangka menarik 10,000 profesional industri, pelawat perdagangan dan pembeli.

Dengan ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak enam hingga tujuh peratus tahun ini, industri pembuatan dijangka menjadi penyumbang utama kepada ekonomi, berkembang 9.1 peratus sekaligus menyumbang kepada banyak peluang pekerjaan dan penciptaan kekayaan untuk rakyat.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini