STOCK SAHAM.CO

CDRC jadi pengantara penstrukturan hutang Sapura Energy

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd mengumumkan bahawa Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat Malaysia (CDRC) menerima permohonannya untuk membantu menjadi pengantara dalam rundingan penstrukturan semula hutang dengan Pembiaya Pelbagai Mata Wang (peminjam).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sapura Energy berkata, CDRC yang juga jawatankuasa di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menjadi pengantara dalam rundingan penstrukturan semula hutang dengan pemberi pinjaman.

“CDRC telah mengeluarkan surat kepada Sapura Energy dan pemberi pinjamannya yang mana pemberi pinjaman dijangka mematuhi pengaturan tidak bergerak bukan formal serta tidak boleh melaksanakan sebarang prosiding dan Sapura Energy dijangka mengemukakan cadangan untuk penstrukturan semula hutangnya dalam tempoh 60 hari bermula 1 September 2022.

“Sapura Energy dan syarikat kumpulan yang diterima masuk dalam rundingan ini dikehendaki mematuhi dan terikat dengan Tatakelakuan CDRC BNM dan sebarang perubahan ditentukan mengikut budi bicara CDRC dari semasa ke semasa,” katanya.

Selain itu operasi Sapura Energy Group akan diteruskan seperti biasa buat sementara waktu, tambahnya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini