STOCK SAHAM.CO

AEON Credit dijangka lebih waspada lulus pinjaman

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: AEON Credit Service (M) Bhd dijangka akan lebih berwaspada dalam meluluskan pinjaman bagi menjamin kualiti asetnya dan mengawal peningkatan berterusan kerugian rosot nilai, demikian kata penganalisis.

RHB Research berkata, kualiti aset menjadi keutamaan penyedia kewangan pengguna itu dengan memilih untuk menolak pemohon pinjaman yang tidak memenuhi ambang pendapatan tertentu.

Firma penyelidik itu juga berkata, AEON Credit juga telah meningkatkan keperluan bayaran pendahuluan bagi melindungi pinjaman kenderaan dengan lebih baik.

“Kami melihat langkah ini sebagai melindungi syarikat daripada pembangunan kualiti aset yang buruk menuju ke depan, sementara persekitaran inflasi sebagai risiko negatif,” katanya dalam nota penyelidikan yang disediakan oleh penganalisisnya Nabil Thoo dan Fiona Leong.

Mengulas lanjut, RHB Research berkata, pengurusan atasan AEON Credit juga melihat momentum dalam permintaan pembiayaan dilihat masih kukuh meskipun peningkatan tekanan inflasi.

Ia berkata, pengurusan penyedia pinjaman pengguna itu menjangkakan pertumbuhannya akan dipacu oleh segmen pembiayaan peribadi dan motor, yang mana masing-masing mewakili 26 peratus dan 36 peratus daripada jumlah portfolionya.

“Dalam penyata kewangan, peningkatan dalam jualan baharu pada suku kedua tahun kewangan 2023 (Tahunan: +127.5 peratus, Sukuan: +8.4 peratus) juga harus diterjemahkan kepada pendapatan faedah yang lebih kukuh pada suku tahunan akan datang,” katanya.

RHB Research berkata, pasukan pengurusan AEON Credit juga berusaha ke arah pemulihan marjin.

Ia berkata, pada suku kedua tahun kewangan 2023, marjin faedah bersih (NIM) penyedia kewangan bukan bank itu berada pada 10.62 peratus, susut tiga mata asas secara sukuan dan 19 mata asas secara tahunan, berikutan hasil aset yang lebih rendah.

Katanya, pengurusan AEON Credit berharap untuk menangani perkara itu dengan meningkatkan kadar faedah ke atas pembiayaan peribadi dan pinjaman pembiayaan objektif pada masa depan.

Sementara pinjaman lain pula, jelasnya, sudah ditetapkan pada kadar maksimum yang dibenarkan.

“Pada masa sama, pinjaman kad kredit (produk menjana hasil kedua tertinggi selepas pembiayaan objektif) masih pulih ke paras pra-pandemik.

“Memandangkan bilangan kad kredit dalam edaran meningkat, kita sepatutnya dapat melihat pengembangan dalam NIM,” katanya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini