Wallbox, Sime Darby jalin kerjasama EV

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Wallbox, penyedia penyelesaian pengecas dan pengurusan tenaga kenderaan elektrik (EV) bekerjasama dengan Sime Darby Bhd untuk mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia.

Mecomb Malaysia, anak syarikat Sime Darby akan mengedarkan produk Wallbox dan akan menjadi salah satu penyelesaian pengecas AC (arus ulang-alik) keutamaan bagi Sime Darby Motor di bawah perjanjian itu.

Menerusi kerjasama itu, ia juga akan membantu mengukuhkan pembangunan ekosistem di rantau Asia Pasifik, demikian menurut satu kenyataan bersama Sime Darby dan Wallbox.

Pengarah Urusan Mecomb Malaysia, Ooi Sim Mun, berkata beliau tidak sabar untuk mengembangkan kerjasama itu di Malaysia dan kemudian memperluaskannya merentasi Asia Pasifik.

“Kami gembira bekerjasama dengan Wallbox untuk menawarkan penyelesaian EV kompak premium,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan Wallbox, Moises Barea, berkata komitmen Sime Darby terhadap kelestarian bukan sekadar melangkaui penyelesaian pengecas, malah merangkumi keseluruhan ekosistem EV.

“Seperti biasa, sasaran kami adalah untuk terus menyediakan produk mesra pengguna yang diterima baik oleh pengguna di seluruh dunia.

“Kami gembira bekerjasama dengan Sime Darby pada ketika kami terus mengembangkan penyelesaian EV ke seluruh Malaysia,” katanya.

Sime Darby menawarkan penyelesaian hujung ke hujung bagi pasaran EV menerusi Darby Motors, selain membekal dan memasang pengecas EV serta penyelesaian pengecas EV menerusi Mecomb di Malaysia.

Ia sejajar dengan pelan induk kelesetarian konglomerat itu yang menyasarkan untuk memiliki lebih daripada 50 peratus produk cekap tenaga dalam portfolionya menjelang 2025.

Wallbox membina pengecas dan sistem pengurusan tenaga EV termaju, mentakrifkan semula hubungan pengguna kepada grid.

Misi utamanya adalah untuk memperkasa pengguna ke arah kawalan penggunaan, menjimatkan wang dan kehidupan yang lebih lestari.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini