STOCK SAHAM.CO

Unit MMIS beli tanah industri di Perak

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh , telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Foong Kim Yen and Sons Engineering Works Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah perindustrian berkeluasan kira-kira 40,054 meter persegi serta bangunan di Kawasan Perindustrian Pengkalan II, bernilai RM11.5 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, MMIS berkata pembelian itu akan dilaksanakan keseluruhannya secara tunai, yang akan dibiayai melalui gabungan dana dan/atau pinjaman yang dijana secara dalaman.

Bagaimanapun, katanya, pecahan pembiayaan itu belum dimuktamadkan buat masa ini.

Katanya, cadangan pembelian itu membentuk sebahagian daripada strateginya untuk meningkatkan pengeluaran yang beroperasi pada kapasiti penuh di kemudahan sedia ada.

“Hartanah itu telah dikenal pasti memandangkan lokasinya yang berhampiran fasiliti sedia ada kumpulan dan mempunyai bangunan kilang sedia ada yang boleh dimanfaatkan untuk menempatkan jentera dan penyimpanan baharu,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular