SkyWorld beri peluang pembeli reka rumah impian

Facebook
Twitter
WhatsApp

Pemaju hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) pada Sabtu melancarkan SkyCraft, inisiatif dalam talian baharu bagi memberi peluang kepada pembeli untuk membina rumah impian mereka bersama-sama dengan SkyWorld.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, SkyCraft ialah platform yang dicipta untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil bahagian dalam proses pembuatan rumah walaupun sebelum SkyWorld memulakan pembangunannya.

“Kami mahu mencipta kehidupan landskap bandar yang berkualiti kerana kami percaya idea dan maklum balas yang diperoleh daripada SkyCraft akan membantu SkyWorld membina kediaman berkualiti dan meningkatkan pengalaman hidup di bandar dalam persekitaran yang mampan.

“Di SkyWorld, kami telah mentakrifkan semula tujuan untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik’, lalu terlahirlah idea SkyCraft.

“Ini kerana kami sentiasa percaya bahawa pendapat pembeli rumah atau yang kami gelar sebagai ‘SkyCrafter’ sangat penting dan melalui kempen ini, kita boleh mewujudkan kediaman yang lebih baik bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, Chee Seng berkata, ‘SkyCrafters’ diberi pilihan untuk menghasilkan dua projek ternama melalui platform tersebut, iaitu SkyAmanyi di Cheras dan SkyRia by the Hills di Taman Melawati.

“Kami kini berada di peringkat lukisan bagi dua projek ini dan sudah tiba masanya untuk SkyWorld melibatkan diri dengan bakal pembeli rumah bagi melihat idea-idea inovatif yang ‘baik untuk dimiliki’ atau ‘mesti ada’ supaya kami dapat melaksanakannya dalam pelancaran dan pembinaan rumah baharu yang memenuhi permintaan pasaran semasa.

“Selain itu, ‘SkyCrafters’ juga berpeluang memenangi karya seni eksklusif SkyWorld NFT (token tidak boleh digunakan) dan saya berbangga untuk mengumumkan bahawa SkyWorld ialah pemaju pertama di Malaysia yang berbuat demikian.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini