Petronas Carigali muktamad penjualan EPOMS

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengumumkan melengkapkan pemindahan seluruh pemilikannya dalam E&P O&M Services Sdn Bhd (EPOMS) kepada Janamurni Sdn Bhd.

EPOMS dimiliki sepenuhnya oleh E&P Venture Solutions Co. Sdn Bhd (EPVS), anak syarikat PCSB.

Diperbadankan pada 2012, EPOMS menyediakan operasi barisan hadapan bersepadu dan perkhidmatan penyelenggaraan untuk semua kemudahan terapung, termasuk saluran paip yang berkaitan, di Malaysia.

EPVS menandatangani perjanjian jual beli (SPA) pada 29 Disember 2021 dengan Janamurni Sdn Bhd, yang termasuk pemindahan semua kontrak pekerjaan kakitangan EPOMS kepada pemilik baharu.

“Langkah itu disusuli kajian berterusan PETRONAS mengenai portfolio perniagaannya untuk memastikan kesesuaian yang lebih baik dalam strategi pertumbuhannya dalam landskap tenaga yang semakin berkembang.

“PETRONAS terus memberi tumpuan kepada mengekalkan portfolio yang kukuh dengan profil risiko dan pulangan yang baik dan mampan berikutan ia berkembang kepada perniagaan bukan tradisional, termasuk tenaga baharu dan tenaga boleh diperbaharui, untuk menambah baik profil rendah karbonnya dan memajukan agenda kemampanannya,” katanya dalam kenyataan.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini