STOCK SAHAM.CO

Petron raih keuntungan lebih besar

KUALA LUMPUR: Malaysia Refining & Marketing Bhd mencatat prestasi kewangan kukuh pada suku pertama 2022 dengan merekodkan keuntungan bersih RM106 juta, mengatasi RM103 juta pada suku pertama tahun sebelumnya.

Ketika Malaysia pulih daripada pandemik, syarikat memperoleh jumlah jualan yang ketara, iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus kepada 7.7 juta tong bagi suku dikaji berbanding 6.8 juta tong pada tahun lalu.

Minyak mentah Dated Brent mencatat purata suku tahunan tertinggi dalam lapan tahun, sebanyak AS$101 setong, 66 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya disebabkan oleh kebimbangan bekalan minyak yang tercetus disebabkan oleh konflik berterusan antara dan .

Dengan peningkatan permintaan domestik dan kenaikan harga minyak global yang berterusan, hasil tiga bulan pertama tahun ini mencapai hampir dua kali ganda kepada RM3.8 bilion berbanding RM2 bilion yang dicatat untuk tempoh yang sama pada 2021.

Syarikat juga mula mencatat penjimatan kos sepenuhnya serta kecekapan operasi setelah Diesel Hydrotreater dan Marine Import Facilities 2 telah siap sepenuhnya.

Pendapatan operasi bagi suku dikaji berjumlah RM 189 juta, 38 peratus lebih tinggi daripada RM137 juta tahun lalu.

Sementara itu, caj bukan operasi meningkat dalam anggaran 53 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh peruntukan sementara ‘mark-to-market' bagi melindungi nilai komoditi.

Pengerusi Petron, Ramon S Ang, berkata syarikat itu yakin Petron Malaysia dapat mengekalkan momentum kukuhnya di samping pemulihan ekonomi negara yang berterusan.

“Walaupun terdapat risiko yang timbul disebabkan oleh harga minyak global yang tidak menentu, asas perniagaan kami dan langkah pengurusan risiko yang berhemat kekal kukuh.

“Ini adalah penting dalam membantu kami mengharungi persekitaran yang mencabar sambil memastikan kami berada di landasan pemulihan dan pertumbuhan yang lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, usaha untuk berjaya melangkaui matlamat perniagaan Petron.

“Kami akan terus memacu lebih banyak inisiatif ke arah daya tahan dan pertumbuhan yang mampan untuk menyumbang kepada kemajuan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar, pembangunan sosial dan tadbir urus yang baik,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular