#MYEG sasar jadi peneraju serantau ekosistem #metaverse

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: MY EG Services Bhd (MYEG) bersedia untuk menjadi antara peserta utama dalam pembangunan ekosistem metaverse melalui pelaburannya dalam teknologi generasi akan datang.

Syarikat perkhidmatan digital Malaysia itu berkata, ia berusaha untuk mengintegrasikan ASEAN dan China pada peringkat digital melalui dunia maya dan mewujudkan kelas nilai ditambah baharu.

“MYEG kini terbabit dalam membina ekosistem blockchain di pelbagai negara ASEAN dan berhasrat untuk menghubungkan pasaran Asia Tenggara dengan pasaran China,” katanya.

Metaverse menggabungkan pelbagai teknologi seperti pengkomputeran awan, realiti tambahan (AR), realiti maya (VR) dan blockchain, yang mana sifat kompleks ekosistemnya menawarkan potensi luar biasa malah popularitinya meningkat tahun lepas bersama-sama dengan konsep ‘non-fungible token’ (NFT).

MYEG menyatakan rancangannya untuk menyumbang kepada pembangunan metaverse itu menerusi webinar bertajuk ‘NFT: The Key to Connecting the Metaverse to Reality’ dianjurkan baru-baru ini oleh Alliance of Blockchain Industry (ABI), yang diasaskan oleh sekumpulan syarikat blockchain.

Sebahagian daripada rancangan syarikat untuk menyumbang kepada pembangunan ekosistem metaverse ialah pelancaran NFT Pangolin, iaitu pasaran NFT global yang menyokong penerbitan dan perdagangan NFT dan bersedia untuk beroperasi pada rangkaian blockchain Zetrix Layer 1 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut kenyataan itu, MYEG telah menerokai domain realiti tambahan, realiti maya dan blockchain sejak 2018 dengan matlamat untuk mencapai integrasi tinggi antara teknologi yang berbeza untuk membangunkan ekosistem metaverse.

Sejak itu, ia telah melabur dalam pelbagai usaha niaga teknologi seperti Zetrix (blockchain), NFT Pangolin (NFT) dan DeepScience (teknologi optik), dengan tumpuan pada teknologi utama dan bidang berkaitan metaverse seperti sensor pemetaan terhadap tindakan manusia, jejak visual serta seni digital dan kreativiti, katanya.

Namun begitu, terdapat cabaran untuk ditangani apabila mengendalikan rantaian rentas antara negara seperti pematuhan terhadap persekitaran kawal selia pelbagai negara, dalam usaha mencapai pertukaran data rentas sempadan yang lebih selamat dan cekap, katanya.

Terdapat juga keperluan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran dan mengurangkan kos dalam infrastruktur ekosistem metaverse untuk menggalakkan penggunaan dalam kalangan industri.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini