Gamuda peroleh kontrak gerudi terowong di Australia, RM6.5 bilion

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd menerusi konsortium Gamuda Australia dan Laing O’Rourke Australia memenangi bidaan Projek Pakej Terowong Sydney Metro West — Western Tunneling bernilai RM6.5 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Gamuda berkata ia akan menjadi mengetuai kontraktor pembinaan dan Laing bertindak sebagai rakan kongsi penghantaran yang menyediakan perkhidmatan pengurusan projek dengan bayaran yang dipersetujui.

Syarikat itu berkata skop kerja adalah penggerudian dan pembinaan terowong kereta api metro berkembar 9.0 kilometer (km) antara Westmead dan Sydney Olympic Park.

Gamuda berkata, Projek Pakej Terowong Barat mempunyai risiko yang hampir sama dengan beberapa projek penggalian awam dan terowong yang sudah disiapkan untuk Metro Sydney dengan keadaan tanah yang sama.

“Projek Pakej Terowong Barat akan menggunakan dua mesin pengorek terowong perisai berkembar bagi menyiapkan sebahagian besar kerja penggerudian, dengan penggalian stesen yang terdiri daripada penstabilan tanah dan penyingkiran batu.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada keputusannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling mengucapkan terima kasih kepada kerajaan New South Wales kerana meletakkan kepercayaannya kepada syarikat itu untuk menyiapkan bahagian kritikal Sydney Metro West.

Yun Ling berkata, pihaknya teruja untuk berkongsi pengalaman antarabangsa kami dalam membina rel frekuensi tinggi secara mapan, dan memberi tumpuan kepada menjana manfaat untuk komuniti di Sydney Barat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Laing, Cathal O’Rourke, berkata Gamuda Australia dan Laing berkongsi inovasi dan komitmen kepada orang awam, yang mana akan menjadi nadi kepada konsortium.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini