STOCK SAHAM.CO

Boustead Plantations teroka tanaman pintar cili, halia

KUALA LUMPUR: Agro Plantations Sdn Bhd, anak syarikat Bhd (BPB) menandatangani Dokumen Persefahaman (DoU) dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKKL) bagi meneroka pasaran tanaman komersial berpandukan teknologi dan mampan.

DoU itu mewujudkan kerjasama di antara kedua-dua pihak untuk memula dan membangunkan projek tanaman komersial iaitu cili dan halia secara siap guna melalui penggunaan sistem fertigasi pintar dan pertanian pintar Internet Pelbagai Benda (IoT).

Usaha itu menandakan langkah pertama BPB untuk memanfaatkan sumber pasaran pertanian lain selain daripada perniagaan perladangan sawit huluan sedia ada.

Ia juga memerlukan komitmen BPB untuk mengusahakan tanaman komersial di atas tanahnya, manakala PPKKL akan menyediakan kepakaran teknikal, bimbingan dan latihan bagi memastikan penanaman itu membuahkan hasil.

Ketua Pegawai Eksekutif BPB, Zainal Abidin Shariff, berkata pembabitan syarikat itu dalam perniagaan tanaman komersial membuktikan kesungguhannya untuk membantu kerajaan dalam menangani isu sekuriti makanan di Malaysia.

Katanya, ia juga seiring dengan komitmen syarikat terhadap Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kedua iaitu sasaran untuk mencapai sifar kelaparan menjelang 2030.

“Berpandukan strategi Penciptaan Semula Boustead, matlamat utama kami adalah untuk mencapai pertumbuhan yang mampan bagi tempoh jangka panjang dengan mematuhi prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus,” katanya.

BPB adalah antara syarikat perladangan sawit huluan paling berpengalaman dan kukuh di Malaysia dengan pemegang saham utama yang terdiri daripada Bhd dan .

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular