Rizab antarabangsa BNM AS$115.8 bilion

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) kekal berjumlah AS$115.8 bilion setakat 28 Februari 2022 berbanding pada 15 Februari bulan lalu.

Bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 6.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.2 kali kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$103 bilion), kedudukan rizab IMF (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Bank pusat berkata, ia terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM482.27 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.20 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM806.43 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM23.30 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM17.08 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM174.68 bilion), mata wang dalam edaran (RM152.23 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.79 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM8.91 bilion), deposit lain (RM5.49 bilion), kertas Bank Negara (RM7.07 bilion), peruntukan SDR (RM28.15 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.39 bilion).

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini