Mata wang kripto semakin menjunam

Facebook
Twitter
WhatsApp

SINGAPURA/HONG KONG/LONDON: Mata wang kripto pulih daripada kerugian besar pada akhir dagangan minggu lalu dengan bitcoin kembali melebihi AS$30,000, namun kekal mencatatkan rekod kerugian berturut-turut selepas kejatuhan TerraUSD, yang dikenali sebagai ‘stablecoin’.

Aset kripto turut digunakan dalam penjualan meluas pelaburan berisiko berikutan kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan peningkatan kadar faedah.

Sentimen amat rapuh, kerana token yang sepatutnya ditambatkan kepada dolar telah goyah.

Bitcoin, mata wang kripto terbesar mengikut jumlah nilai pasaran, berjaya melantun dalam sesi Asia dan didagangkan sekitar AS$30,500 pada akhir dagangan Jumaat lalu.

Ia mengalami pemulihan daripada paras terendah 16 bulan sekitar AS$25,400 yang dicapai pada hari sebelumnnya.

Namun, ia jauh di bawah paras minggu terdahulu iaitu sekitar AS$40,000 dan ia mencatatkan rekod kerugian mingguan ketujuh berturut-turut.

“Saya tidak fikir tempoh terburuk telah berakhir,” kata Scottie Siu, pengarah pelaburan Axion Global Asset Management, firma berpangkalan di Hong Kong yang menjalankan dana indeks kripto.

“Saya fikir terdapat lebih banyak kelemahan dalam beberapa hari akan datang. Saya fikir apa yang kita perlu lihat ialah minat terbuka telah merosot dengan mendadak, jadi ramai spekulator benar-benar keluar daripada (pasaran mata wang kripto) dan ketika itulah saya fikir pasaran akan stabil.”

Saham berkaitan kripto bagaimanapun mengalami peningkatan, apabila saham dalam syarikat pembrokeran Coinbase stabil semalaman, tetapi harganya tetap merosot separuh dalam masa lebih daripada seminggu.

Di Asia, Huobi Technology dan BC Technology Group, pengendali platform dagangan dan perkhidmatan kripto lain yang disenaraikan di Hong Kong, menyaksikan penurunan mingguan lebih daripada 20 peratus.

Bagaimanapun pasaran kewangan yang lebih luas setakat ini menyaksikan sedikit kesan daripada kejatuhan mata wang kripto.

“Kripto masih kecil dan integrasi kripto ke dalam pasaran kewangan yang lebih luas masih amat kecil,” kata ketua strategi FX di UBS James Malcolm.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini