STOCK SAHAM.CO

Kemunculan bank digital tidak gugat bank tradisional

KUALA LUMPUR: Lima digital baharu yang diumumkan baru-baru ini berkemungkinan akan mengambil alih peranan pasaran khusus dan tidak akan mengganggu sektor perbankan dalam jangka sederhana, demikian mengikut .

Menurut agensi penarafan itu, pihaknya percaya setiap konsortium bank mempunyai persediaan lengkap dengan potensi untuk menjadi yang berdaya maju dalam jangka masa panjang.

Katanya, kualiti termasuk pengiktirafan jenama pengguna yang luas, kredibiliti kukuh pemegang saham konstituen, dana yang banyak untuk membiayai pelaburan yang diperlukan dan kemungkinan adanya pengetahuan pengurusan.

“Risiko pelaksanaan adalah besar, tetapi ‘ramuan' untuk memasuki sektor ini sudah ada. Kami percaya bank digital mempunyai masa depan untuk jangka panjang di Malaysia, terutamanya dalam menangani pasaran khusus tertentu.

“Ia cenderung untuk berkisar kepada pelanggan yang kurang diberi perkhidmatan, seperti pengguna berpendapatan rendah dan perusahaan mikro dan kecil yang tidak mempunyai cagaran atau aliran tunai yang diperlukan oleh bank untuk layak mendapat kredit,” katanya di dalam komentar di laman sesawangnya baru-baru ini.

Pada 29 April lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan lima pemohon berjaya mendapatkan lesen bank digital yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Malaysia.

Tiga penerima yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) ialah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd; konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd dan konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.

Penerima yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI) pula ialah konsortium AEON Financial Service Co Ltd, AEON Credit Service (M) Bhd dan MoneyLion Inc dan konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn Bhd.

Mengulas lanjut Fitch Ratings berkata, bank digital berkemungkinan aktif di dalam bidang yang kurang berintensifkan modal, seperti pembayaran dan pengiriman wang, pengedaran pelaburan pihak ketiga dan produk insurans serta pinjaman terpilih di mana terdapat sinergi dengan ekosistem induk mereka.

Sebagai contoh katanya, mungkin terdapat kesesuaian semula jadi dalam pinjaman hari gaji kepada pekerja gig atau pembiayaan rantaian bekalan untuk pedagang e-dagang.

“Bagaimanapun, bank digital tidak mungkin menjadi pesaing utama kepada bank tradisional dalam tempoh lima tahun akan datang, kerana had kawal selia yang diletakkan pada aktiviti mereka.

“Rangka kerja pelesenan BNM menghadkan aset bank digital pada RM3 bilion semasa fasa asas, yang mana mereka tidak boleh keluar sehingga sekurang-kurangnya pertengahan 2026, dan berpotensi selewat-lewatnya pada pertengahan 2029.

“Ini bermakna agregat kunci kira-kira bank digital akan kurang daripada 1.0 peratus daripada sistem dalam jangka sederhana walaupun di bawah andaian yang paling bulis,” katanya.

Tambahnya, terdapat juga halangan pasaran struktur lain yang perlu diatasi oleh bank digital sebelum mereka boleh meraih keuntungan.

“Yang pertama ialah mencapai skala. BNM menyatakan bahawa 8.0 peratus daripada penduduk tidak mempunyai akaun bank dan sebahagian besar daripada mereka mempunyai sedikit atau tiada pendapatan, yang menunjukkan bahawa mereka tidak mungkin boleh diterima oleh bank hanya kerana persaingan yang diperbaharui atau perkhidmatan digital yang lebih baik.

“Harga yang kompetitif juga menjadi penghalang. Sektor perbankan di Malaysia dikawal dengan baik oleh bidang kuasa, dengan garis panduan penyeliaan dan amalan lazim yang menyokong pembiayaan yang bertanggungjawab.

“Ketersediaan pembiayaan tidak bercagar pada kadar yang rendah iaitu 15-18 peratus berkemungkinan menetapkan penanda aras yang rendah mengenai perkara yang boleh dicaj secara realistik oleh pendatang baharu, yang mungkin tidak mencukupi untuk mengimbangi risiko pinjaman yang lebih tinggi kepada pelanggan yang lebih rendah kualiti kredit,” katanya.

Fitch Ratings berkata, akhir sekali, bank tempatan utama mempunyai bahagian pasaran yang menggerunkan dan pada pandangan pihaknya, mampu bertindak balas dengan cepat dan bersaing dengan bank digital.

“Kelebihan kedudukan bank besar tidak mungkin terhakis dalam jangka sederhana, walaupun persaingan semakin sengit di margin dalam bidang yang dipilih oleh bank digital untuk bersaing,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular