STOCK SAHAM.CO

Gaji minimum perlu dilaksana ikut daerah – MRA

KUALA LUMPUR: Persatuan memohon kepada kerajaan supaya pelaksanaan gaji minimum baharu, RM1,500 dibuat mengikut kawasan atau daerah.

Ia disebabkan kos sara hidup yang berbeza di antara kawasan dan daerah di negara ini.

Presidennya, Datuk Andrew Lim, berkata ini kerana kenaikan gaji minimum sebanyak 25 peratus bermula 1 Mei lalu itu tidak berjaya menangani masalah kekurangan pekerja di dalam industri runcit tempatan.

Katanya, malah pihaknya kini terpaksa melakukan pelarasan gaji untuk pekerja yang berpendapatan di antara RM1,500 dan ke atas.

“Semua ini adalah kos tambahan kepada industri yang di akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna Malaysia yang mana ketika ini sudah pun mengalami pelbagai jenis kos inflasi yang teruk.

“MRA tidak dilibatkan lebih awal pada tahun ini mengenai keputusan kenaikan gaji minimum oleh kerajaan. Bagaimanapun, kami telah menulis surat kepada pada awal tahun ini, meminta mereka untuk mempertimbangkan isu mengenai Kadar Gaji Minimum mengikut ‘zon'.

“Ini kerana zon yang berbeza di Malaysia mempunyai kos sara hidup yang berbeza. Hasil daripada kenaikan kadar gaji minimum ini secara menyeluruh menyebabkan ramai pekerja tempatan pulang ke kampung halaman mereka di mana kos sara hidup lebih rendah, namun mereka akan menikmati gaji yang sama kerana kenaikan kadar gaji minimum yang standard ini,” katanya pada sidang media di sini.

Mengulas mengenai masalah kekurangan pekerja dalam industri runcit Andrew berkata, masalah itu ketika ini adalah kritikal terutamanya di Lembah Klang.

“Industri berdepan kekurangan di antara 20 hingga 30 peratus pekerja di Lembah Klang sama ada untuk jawatan di peringkat rendah, pertengahan atau tertinggi.

“Kadar pengangguran yang tinggi iaitu 4.1 peratus dilihat tidak membantu menyelesaikan masalah kekurangan pekerja yang dihadapi industri ketika ini.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan supaya dapat mempertimbangkan untuk membenarkan industri runcit mengambil pekerja asing untuk kerja barisan hadapan serta pejabat belakang (untuk sementara waktu) bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja sekarang ini,” katanya.

Mengenai pelaksanaan semula (), Andrew berkata, MRA mencadangkan supaya cukai itu dikenakan semula dua tahun dari sekarang.

“Selain itu, kadarnya juga harus ditetapkan pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus.

“Pada masa itu cukai pendapatan individu dan korporat mesti dikurangkan sebanyak tiga peratus seiring dengan pengembalian semula GST, seperti yang dilakukan di kebanyakan negara lain yang telah mengenakan cukai ini,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular