STOCK SAHAM.CO

CCA sediakan rangka kerja kawal selia jelas kredit pengguna

KUALA LUMPUR: , yang disasar dibentangkan di Parlimen pada suku keempat 2023 bakal mengukuhkan lagi perlindungan kepada pengguna di samping menyokong pembangunan industri kredit konsumer yang dapat memenuhi keperluan individu dan perniagaan kecil.

Akta itu akan mengawal selia penyedia kredit bukan bank dan penyedia perkhidmatan kredit yang ketika ini tidak dikawal selia oleh mana-mana kementerian atau agensi, khususnya, perniagaan yang menjalankan aktiviti Beli Sekarang Bayar Kemudian, perkhidmatan pajakan dan pemfaktoran, agensi kutipan hutang, pembeli pinjaman terjejas dan perkhidmatan kaunseling dan pengurusan hutang.

Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna (Pasukan Petugas CCOB) baru-baru ini telah mengeluarkan Kertas Perundingan kedua (CP2) yang menyediakan butiran lanjut mengenai pelaksanaan CCA.

Menurut Pasukan Petugas itu, CP2 diterbitkan selepas pengeluaran Kertas Perundingan (Bahagian 1) pada 4 Ogos 2022.

Pasukan Petugas CCOB berkata pihaknya menerima maklum balas yang konstruktif daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung dengan Kertas Perundingan Bahagian 1 dan seterusnya mengumpul perspektif yang khusus melalui beberapa sesi penerangan industri yang diadakan pada Ogos 2022.

“Semua pandangan, ulasan dan cadangan telah dipertimbangkan dengan sewajarnya dan akan digunakan bagi menetapkan keperluan terperinci untuk membangunkan satu rangka kerja yang disasarkan untuk mengawal selia entiti yang menjalankan perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit, kata CCOB di laman webnya.

Pasukan Petugas CCOB ditubuhkan pada Julai 2021 dan diketuai oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan untuk memacu penggubalan CCA.

Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama yang kini dikenali sebagai , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kini dikenali sebagai , dan .

Pasukan Petugas CCOB akan berubah menjadi sebuah badan berkanun, CCOB, sebaik sahaja Rang Undang-undang Kredit Pengguna digubal menjadi undang-undang untuk menjadi Akta Kredit Pengguna.

Pendekatan berfasa

Transformasi landskap kawal selia kredit pengguna akan diselesaikan dalam tiga fasa sebagai langkah untuk memudahkan peralihan yang lancar dan meminimumkan sebarang gangguan yang tidak diingini dalam industri kredit pengguna selain membolehkan CCOB meningkatkan keupayaan dan kapasitinya untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Menurut pasukan petugas itu, di bawah Fasa 1 (2023-2024) selepas penggubalan CCA, kementerian dan agensi sedia ada seperti , SC, SKM, KPDN dan KPKT akan terus berkhidmat sebagai Agensi Pengawasan dan Pengawalselia (RSA) bagi sektor masing-masing.

Katanya CCOB akan menjadi pihak berkuasa berwibawa yang memantau penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit yang tidak dikawal selia pada masa ini oleh mana-mana pihak berkuasa.

“CCA akan mempunyai peruntukan yang membolehkan CCOB mengeluarkan garis panduan yang boleh diterima pakai dan dikuatkuasakan oleh RSA yang berkenaan ke atas entiti yang dikawal selianya,” katanya.

Di bawah Fasa 1, Akta Sewa Beli (ASB) akan dipinda atau dimansuhkan dengan peruntukan yang berkaitan dimasukkan ke dalam CCA. KPDN sebagai RSA, akan terus mengawasi aktiviti syarikat sewa beli bukan bank, ejen penarikan balik dan penyedia jualan kredit.

Katanya CCA akan memudahkan perniagaan kredit Islam oleh penyedia kredit bukan bank dengan memasukkan peruntukan bagi memastikan penyedia kredit tersebut dan penawaran produknya mematuhi prinsip syariah.

Bidang kawal selia KPKT akan diperluaskan untuk merangkumi aktiviti pembiayaan Islam dan aktiviti pajak gadai Islam yang tidak dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (Akta 759) dan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) manakala KPDN akan mengawasi perniagaan sewa beli Islam bukan bank.

Lesen pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai sedia ada, yang masing-masing diperoleh di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang dan Akta Pemegang Pajak Gadai serta permit yang dikeluarkan kepada individu untuk pengambilan balik barangan di bawah ASB, akan kekal sah dengan penggubalan CCA dalam Fasa 1, katanya.

Katanya aktiviti kredit pengguna oleh bank-bank akan kekal di bawah pengawasan BNM.

Sementara itu, di bawah Fasa 2 bagi tempoh 2025 hingga 2029, fungsi kawal selia berkaitan dengan aktiviti kredit pengguna di bawah KPDN dan KPKT akan dipindahkan kepada CCOB, manakala BNM, SC dan SKM akan terus bertindak sebagai RSA bagi entiti di bawah bidang kuasa masing-masing.

Akta Pemberi Pinjaman Wang, Akta Pemegang Pajak Gadai serta peruntukan yang berkaitan dengan urus niaga jualan kredit di bawah Akta Perlindungan Pengguna akan dimansuhkan dan semua peruntukan yang berkaitan akan dikekalkan serta dimasukkan di bawah CCA yang dipinda.

Bagi Fasa 3 selepas 2030 dan seterusnya, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, penambahbaikan kepada struktur sedia ada untuk peraturan amalan pengendalian semua firma kewangan di Malaysia akan dipertimbangkan dan mungkin termasuk cadangan yang diambil daripada pengalaman pendekatan ‘puncak berkembar' terhadap peraturan kewangan.

Keperluan pelesenan utama

Skop CP2 antara lain, mencadangkan keperluan pelesenan yang penting termasuk keperluan kewangan minimum, tadbir urus dan keperluan Syariah untuk perniagaan kredit Islam.

CP2 turut menetapkan amalan profesional dan piawaian pinjaman berhemat yangperlu dipatuhi oleh penyedia kredit yang akan diberikan lesen.

Sebagai contoh, di bawah cadangan CP2, entiti yang menjalankan pelbagai perniagaan kredit memerlukan lesen daripada atau mendaftar dengan CCOB untuk menjalankan setiap jenis perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit di bawah skop CCA.

Dalam Fasa 1, sebelum pemindahan kuasa pengawalseliaan daripada KPKT dan KPDN dipindahkan kepada CCOB, entiti yang ingin menjalankan perniagaan seperti pemberi pinjam wang atau pajak gadai masih perlu mendapatkan lesen daripada pihak pengawalseliaan masing-masing.

Penilaian kemampuan dan kutipan hutang yang saksama

Di bawah cadangan itu, semua penyedia kredit bukan bank dikehendaki membuat penilaian kemampuan apabila memberi kredit kepada individu. Mereka mesti memastikan bahawa peminjam mempunyai keupayaan untuk melakukan pembayaran pada masa depan, dengan mengambil kira pendapatan mereka dan kesemua obligasi kewangan semasa.

Bagaimanapun, bagi perusahaan mikro atau kecil, penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit perlu membuat penilaian kelayakan kredit berdasarkan daya maju perniagaan serta keupayaan untuk membayar balik berdasarkan pendapatan atau hasil.

Pasukan Petugas CCOB berkata CCA juga akan menyediakan panduan pengutipan hutang yang adil yang perlu dipatuhi oleh penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit.

Di bawah akta tersebut, pengutip hutang hanya boleh dilakukan oleh penyedia kredit itu sendiri atau melalui agensi kutipan hutang yang berdaftar.

Penyedia kredit perlu mengeluarkan kad kebenaran kepada pengutip hutangnya yang mengandungi maklumat terperinci berkenaan penyedia kredit dan pengutip hutang, katanya.

Peringatan atau notis awal perlu diberikan sebelum mengutip hutang dan perlu mengandungi maklumat berkenaan hutang tertunggak, tarikh akhir pembayaran dan butiran untuk menghubungi penyedia kredit.

“Pengutip hutang perlu beretika, profesional dan munasabah dalam melakukan tindakannya. Mereka tidak boleh mengganggu, mengancam atau menyebabkan kemudaratan kepada pengguna kredit, dan yang seumpamanya,” katanya sambil menambah penyedia kredit mestilah kekal bertanggungjawab terhadap sebarang aduan berkenaan pengutip hutang mereka.

Akta ini akan memberikan panduan yang jelas berkenaan amalan perniagaan yang dilarang seperti menipu atau memberikan maklumat berhubung sifat, syarat atau harga produk atau perkhidmatan yang boleh mengelirukan.

Pasukan petugas itu berkata turut dilarang adalah membuat sebarang percubaan bagi mendorong, antara lain seperti membuat atau secara melulu mengeluarkan kenyataan atau janji palsu dan mengelirukan; atau secara tidak jujur menyembunyikan atau memberikan fakta penting dengan cara yang samar-samar.

Turut dilarang adalah memberikan tekanan yang tidak wajar, mengganggu atau mengancam untuk menggunakan kekerasan fizikal apabila produk atau perkhidmatan tersebut ditawarkan, diberikan atau dibayar; dan menuntut bayaran untuk produk atau perkhidmatan yang tidak diminta termasuk mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang.

“Mana-mana individu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau kedua-duanya sekali,” menurut CP2.

Pengguna kredit yang berasa tidak dilayan secara adil boleh mengemukakan aduan kepada penyedia kredit atau penyedia perkhidmatan kredit menerusi sistem pengurusan aduan sehenti yang dibangunkan oleh CCOB.

Portal ini akan saling beroperasi dengan penyedia kredit atau sistem pengendalian aduan dalaman penyedia kredit atau penyedia perkhidmatan kredit yang membolehkan perkongsian maklumat, interaksi dan penyelarasan antara CCOB dan RSA masing-masing berhubung aduan membabitkan pelbagai agensi kawal selia.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular