BNM tak campur tangan penetapan harga produk pembiayaan

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan ia tidak campur tangan dalam penetapan harga runcit produk pembiayaan.

Namun, bank pusat itu akan berbuat demikian jika mengesan sebarang amalan atau pelaksanaan yang menjejaskan pengguna oleh penyedia perkhidmatan kewangan (FSP).

Bank pusat itu berkata, penetapan harga runcit produk adalah keputusan FSP, namun sebagai sebahagian daripada penyeliaan BNM terhadap FSP, ia melaksanakan semakan ke atas pematuhan FSP terhadap keperluan layanan yang adil.

Katanya, ia akan campur tangan jika mengesan sebarang amalan atau kelakuan tidak adil yang boleh menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada pengguna kewangan.

Ia berkata FSP mesti mematuhi keperluan kawal selia yang berkaitan dengan layanan adil terhadap kewangan pengguna, termasuk memberi perhatian sewajarnya kepada kepentingan pengguna dalam pembangunan, pemasaran dan penjualan produk.

Malah, katanya, FSP juga perlu memastikan bahawa produk itu sesuai untuk kumpulan sasaran pengguna yang mengambil kira keperluan dan keadaan kewangan mereka dan memudahkan keputusan termaklum oleh pengguna melalui pendedahan ciri utama, terma, syarat dan risiko berkaitan produk yang jelas.

“Dalam kes produk pembiayaan, FSP mesti menjalankan penilaian kemampuan dan patuhi nisbah perkhidmatan hutang yang berhemat, untuk memastikan pengguna mampu membayar balik pembiayaan sepanjang tempoh pembiayaan.

“Ini berfungsi sebagai perlindungan penting untuk melindungi pengguna daripada beban hutang yang berlebihan dan kesusahan kewangan.

FSP juga mesti melaksanakan kawalan yang mencukupi dan berkesan untuk menyelesaikan dan memantau aduan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai GOpinjam.

BNM berkata, FSP digalakkan untuk berinovasi dan membangunkan produk baharu yang boleh bertambah baik kebolehcapaian perkhidmatan kewangan penting yang memenuhi keperluan berbeza-beza dan pelbagai daripada pengguna kewangan, terutamanya bagi mereka yang secara tradisinya kurang mendapat layanan daripada sistem kewangan formal.

Ia berkata, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang ditadbir oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menetapkan kadar faedah maksimum 18 peratus setahun ke atas pinjaman yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman wang berlesen, yang mana peraturan itu tidak terpakai kepada institusi kewangan yang dibenarkan oleh BNM.

Justeru, bank pusat itu menasihatkan orang ramai supaya mengambil kira prinsip bertanggungjawab sebelum membuat permohonan pinjaman iaitu dengan meminjam untuk tujuan produktif saja dan untuk sesuatu yang mereka perlukan berbanding kemahuan.

Orang ramai juga dinasihatkan meminjam mengikut kemampuan mereka bagi memastikan mereka mampu untuk memenuhi semua kewajipan bayaran balik masa hadapan tepat pada masanya untuk mengelakkan yuran pembayaran lewat atau tekanan kewangan yang tidak wajar.

Mereka seharusnya membuat perbandingan untuk mencari kemudahan yang paling sesuai dengan keperluan dan keadaan mereka kerana terdapat banyak pilihan yang tersedia di pasaran serta memahami ciri utama, terma dan syarat sebelum memohon untuk sebarang kemudahan pembiayaan baharu.

Bagi orang awam yang menghadapi masalah kewangan, kaunseling pembiayaan percuma dan perkhidmatan pengurusan hutang boleh diperoleh daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di www.akpk.org.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di https://telelink.bnm.gov.my untuk maklumat lanjut atau menghantar aduan mengenai kelakuan tidak adil atau tidak beretika oleh FSP yang dibenarkan oleh BNM.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini