Tips saham bagi pemula

Facebook
Twitter
WhatsApp

Kalau bercakap tentang saham.mesti ramai terbayang syarikat-syarikat besar ,orang kaya dan nilai ringgit yang berjuta-juta Namun hakikatmya tak semua pelabur saham dari kalangan orang kaya bahkan sesiapa pun yang ingin boleh melibatkan diri dalam saham.Kuncinya adalah kerajinan dalam mencari ilmu, penggunaan teknik yang betul dan melabur mengikut perkembangan semasa walaupun hanya bermula dari modal yang kecil.

Jadi jangan risau tentang kelayakan anda untuk mula melabur saham.Di sini kami telah sediakan tips-tips untuk anda melibatkan diri dalam pelaburan saham dan mengembangkannya.

Tips-tips Melabur Saham:

1. Mengenal Pasti Modal Yang Anda Mampu Dan Jangan Gunakan Duit Hutang.

Perkara awal yang perlu anda pertimbangkan adalah kemampuan kewangan anda.memang diluar ada pelabur yang bermula sederhana.Akan tetapi anda perlu juga mengira sendiri mengikut kemampuan dan kadar gaji anda agar tidak menghadkan anda untuk menyelesaikan pembayaran keperluan lain.Kebiasaannya pelabur baru akan bermain saham dengan modal yang rendah terlebih dahulu untuk mempelajari corak saham. Ini juga boleh memastikan anda melabur dengan lebih selamat.

Yang paling penting sekali, Jangan sesekali menggunakan duit hutang untuk bermain saham.Adalah penting untuk anda menyimpan atau menggunakan lebihan gaji untuk dijadikan modal melabur untuk mengelakkan anda daripada terpaksa menanggung hutang yang banyak.keuntungan saham selalunya memakan masa yang lama.Takut ia boleh menjejaskan kewangan anda dalam tempoh tersebut.

2.Mesti Ada Matlamat

Seorang pelabur saham perlulah ada matlamat yang tersendiri.Kerana setiap orang yang melabur pasti ada matlamat yang berbeza.disitulah kadangkala kita perlu menggunakan cara yang berbeza dan tak semestinya mengikut sepenuhnya apa yang disyorkan oleh orang lain.Matlamat kita mestilah selari dengan jiwa dan kehidupan kita supaya ia tidak akan menggangu kehidupan seharian kita dan membuat kita putus asa.

3. Pilih Bank Pelaburan Atau Syarikat Broker Yang Sesuai.

Bila hendak mula melabur saham.Anda haruslah membuat pilihan bank pelaburan atau syarikat broker yang terbaik dan sesuai dengan anda kerana kesemuanya mempunyai ciri-ciri dan kredibiliti yang berbeza.Anda tidak boleh memilih secara sewenang-wenangnya tanpa mengetahui perbezaannya.

Di negara kita terdapat beberapa syarikat broker dan bank pelaburan yang popular, patuh syariah, dan membuat untung yang banyak.Antaranya adalah Kenanga Investment Bank Berhad, RHB Investment Bank Berhad , Melaka Securities Sdn.Bhd dan AmInvestment Berhad.Terdapat banyak pilihan yang boleh anda tentukan untuk menjamin keuntungan pelaburan anda.

4. Buka Akaun CDS

lepas anda selesai memilih syarikat broker atau bank pelaburan, anda mesti membuka akaun CDS dengan pihak tersebut. CDS adalah singkatan bagi Cental Depository System. Akaun ini berfungsi untuk menyimpan dan mengemas kini saham setelah anda membuat urusan belian dan jualan. Saham anda akan disimpan secara elektronik di sistem yang disediakan di Bursa Malaysia.

Akaun CDS ini mempunyai dua kategori:

1.Akaun CDS Islamik
2.Akaun CDS Konvensional

Bagi yang beragama Islam boleh memilih akaun Islamik untuk memastikan anda hanya memilih pelaburan yang patuh syariah. Perbezaan utamanya adalah pelabur yang membuka akaun CDS Islamik tidak boleh membeli saham tidak syariah .Sistem akan batalkan pembelian saham anda jika anda adalah pemilik akaun CDS Islamik dan ingin membeli saham tidak patuh syariah.

5. Guna Trading Platform Yang Disediakan

Bak kata orang.sekarang semuanya di hujung jari.banyak teknologi yang boleh memudahkan kita.Begitu juga dalam proses melabur saham.Segala transaksi boleh  dibuat secara online melalui trading platform. Nama dan kata laluan akan diberikan oleh syarikat broker ataupun pihak bank pelaburan selepas anda membuat akaun CDS dan anda juga dibekalkan dengan khidmat ‘advisor’ untuk membantu anda dalam urusan pelaburan.

6. Anda Mesti Menguasai Teknik “Basic”

Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan perlulah ada pengetahuan asas.Apalagi jika nak melabur dalam saham.Jika tidak tahu,anda akan bertemu bermacam masalah. Ilmu-ilmu ini penting dan perlu dikuasai untuk anda menentukan bilakah waktu sesuai membeli saham dan waktu mahu menjualnya.

 Jadi disini kami sediakan serba sedikit ilmu asas untuk anda pelajari:

1.Fundamental Analysis:

ilmu menyuai kenal ,mempelajari dan membezakan syarikat yang tersenarai di dalam pasaran saham.

2.Technical Analysis

ilmu teknik menganalisa pergerakan harga

3.Graph Analysis

ilmu bacaan graf pasaran saham.

7. Jangan Salah Pilihan

Anda mesti peka dalam memilih jenis saham yang ingin anda labur.Jika anda ingin pastikan untung anda halal.Anda perlu pilih jenis saham yang patuh syariah dan elakkan saham yang berunsur riba.

8. Bermula Dengan Modal Yang Kecil Namun Kekalkan Dalam Jangka Masa Yang Lama

Percayalah jika anda bersabar dan kekalkan modal dalam masa yang lama.Modal tersebut akan membuat untung walaupun sedikit.Bak kata orang dulu-dulu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Proses yang menyebabkan anda peroleh untung walaupun modal kecil ini dipanggil “Compunding Effect”.Ini sangat sesuai dipraktikkan oleh orang yang baru mula bergiat dalam pelaburan saham.

Compounding effect ini berlaku apabile modal asas anda membuat hasil dalam diputarkan semula sebagai modal yang seterusnya.Senang kata, untung yang anda peroleh jangan keluarkan dulu.ia boleh menghasilkan untung yang lebih tinggi.Yang penting anda perlu kuat bersabar .

Tapi kena ingat,pelaburan saham ini pasti ada untung dan ruginya.Jadi anda kena pandai pantau naik turun pasaran saham supaya tidak berakhir rugi.

Kesimpulannya, untuk mula bergiat dalam pelaburan saham.Anda mesti pelajari dan kuasai ilmu-ilmu nya supaya tidak tersilap cara.Orang selalu kata “high risk,high return”.Namun anda perlu bersabar dan tidak terikut-ikut.Melabur ikut kemampuan , tidak mengikut emosi dan hawa nafsu.

SEMOGA BERHASIL!

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini