Istilah dalam dunia saham yang anda perlu tahu

Facebook
Twitter
WhatsApp

Mempelajari istilah-istilah dalam pelaburan saham adalah sangat penting.Bayangkan anda menceburkan diri dalam pelaburan saham namun tak faham istilah-istilah nya.pasti anda akan pening dalam memahami pasaran saham dan akan terhad apabila hendak berbual tentang saham.Memahami Istilah-istilah ini akan semestinya membantu anda menerima maklumat dengan lebih cekap.Untuk yang baru menceburi bidang saham.Disini kami ada sediakan istilah yang mudah untuk anda pelajari.

Istilah-Istilah Asas Dalam Pelaburan Saham

Buy:
Harga pembelian saham yang dibuat.

Sell:
Harga penjualan saham yang dibuat.

Bear trend:
Merujuk kepada prestasi pasaran yang menaik / banyak belian / indeks hijau.

Bull trend:
Merujuk kepada prestasi pasaran yang menurun / banyak jualan / indeks merah.

Entry Price:
Paras harga yang disarankan untuk beli.

Cut Loss:
Paras harga yang disarankan jual.

Yield:
 Dividen yang diperolehi dalam masa setahun  X 100%

Capital Gain:
Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.

Bid:
Ia bermaksud apa yang anda sanggup bayar untuk sesebuah saham.

Ask:
Harga saham semasa yang ingin dijual.

Indeks:
Penanda aras dalam setiap sektor.

Saham Blue Chip:
Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.

Volatility:
Merujuk kepada harga saham yang tidak menentu, secara rawak dan terlalu aktif samada naik atau turun.

Liquidity:
Membawa maksud betapa mudahnya anda boleh membeli dan menjual sesebuah saham.

Lot:
100 unit saham bersamaan dengan 1 lot.

Dividen:
Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham setiap 6 bulan atau pada tempoh tertentu.

Istilah-Istilah Lain Yang Anda Perlu Tahu:

Portfolio:
Koleksi jenis saham yang dilaburkan.

IPO:
Singkatan kepada Initial Public Offering. Ia adalah saham yang ditawarkan kepada orang awam sebelum diapungkan atau senang kata untuk kali pertama diniagakan di Bursa Malaysia. Tujuan utama syarikat tersebut mengeluarkan IPO dan menjadikannya public listed company adalah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.Selalunya harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah semasa baru ditawarkan.

Teknikal Analisis & Fundamental Analisis:
Kaedah menganalisa pergerakan saham.

Technical analysis – kajian berkaitan teknikal saham seperti graf volume, pattern, carta, indicator

Fundamental analysis – kajian berkaitan prestasi syarikat, pengurusan, pemegang saham utama, hubungan politik dan lain – lain.

Open Price:
Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.

Close Price:
Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.

Diversify:
Mempelbagaikan pegangan saham untuk mengurangkan risiko pelaburan.

Indeks:
Penanda aras dalam setiap sektor.

Sudah cukup banyak bukan? Sebenarnya masih terdapat banyak lagi istilah-istilah dalam pelaburan saham ini yang  boleh anda pelajari.Anda boleh belajar sedikit demi sedikit.Dengan mengetahui Istilah-istilah ini, ia membolehkan anda memahami pergerakan pasaran dan faktor-faktor yang menggerakkan pasaran dengan lebih mendalam.Inilah serba sedikit ilmu yang boleh kami kongsikan.

Semoga bermanfaat!

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini