STOCK SAHAM.CO

9 kesalahan pelabur baru saham

Dalam pelaburan Saham, banyak perkara yang perlu diambil berat untuk mengelakkan daripada mengalami kerugian. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak. Jadi, disini kami kongsikan kepada anda beberapa kesalahan pelabur baru dalam melabur saham.

1. Tiada ilmu pelaburan

Untuk bermain saham, kita mestilah ada serba sedikit ilmu dalam pelaburan. Elakkan daripada membeli saham dengan sesuka hati tanpa melakukan usul periksa tentang syarikat tersebut. Kini maklumat dihujung jari, banyak ilmu pelaburan yang dapat kita pelajari daripada laman web ataupun Youtube tanpa mengeluarkan modal.

2. Gagal dalam merancang

Anda mestilah mengambil kira nilai kerugian yang anda sanggup hadap. Beberapa perkara lain yang anda perlu tahu ialah dari segi bila anda nak entry, cutlost, target price saham,harga yang anda nak jual dan sebagainya.

3. Tidak peka akan risiko

Risiko sentiasa ada dalam pelaburan saham. Contohnya kejatuhan harga minyak yang mana akan menjejaskan saham-saham yang kita pegang. Risiko lain yang kita perlu faham ialah risiko negara kita dan risiko syarikat yang kita beli itu sendiri.

4. Tiada pengurusan aset yang baik

Pengurusan aset yang baik amat penting. Jika anda bergantung sepenuhnya pada saham, itu semestinya akan menjadi satu masalah. Pastikan anda ada perancangan lain dan tidak bergantung pada saham semata-mata. Contohnya, mempunyai aset dalam hartanah,saham,unit trust dan sebagainya.

5.Tidak berfikir jangka masa yang panjang.

Saham tak semestinya merupakan cara singkat untuk menjana pendapatan seperti yang digembar gemburkan oleh orang ramai. Ini kerana, anda membeli sebahagian daripada Ekuiti syarikat. Jadi, ianya pasti mengambil masa untuk mendapat pulangan. Konsepnya sama seperti anda membeli ASB tetapi lebih singkat.

6.Terlebih jangkaan nilai

Kadang-kala dalam soal membeli saham, kita terlebih menilai jangkaan kenaikan saham tersebut. Sebagai contoh, Ali membeli saham berharga 8 sen dan harganya naik kepada 20 sen.Tetapi, Ali meramal yang harganya akan naik sehingga 2 ringgit namun ramalannya salah dan harga jatuh.

7. Tidak dapat mengawal emosi

Bila mengalami kerugian dalam saham, kita tidak dapat mengawal emosi dan berterusan menggunakan teknik sama tanpa mengenal pasti punca kerugian. Hasilnya, anda akan mengalami kerugian secara berpanjangan dan ini menjadi salah satu punca seseorang berputus asa dalam melabur saham. Disiplin, masa dan teknik yang betul amat penting untuk membuat pelaburan saham.

8. Terlalu percaya dengan berita

Jangan terlalu percaya dengan berita. Sebagai contoh, anda mendengar berita yang Company A membuka kilang di selangor. Anda terus membeli saham dari company A. Dalam pelaburan saham, masa yang sesuai untuk membeli saham ialah semasa kita mendengar khabar angin.  Strategi yang terbaik ialah “Buy On Rumour and Sell On News”.  

9. Salah memilih penasihat

Mencari guru atau mentor yang terbaik juga menjadi salah satu kejayaan dalam pelaburan saham. Pastikan anda mendapatkan ilmu daripada mentor-mentor yang berpengalaman dalam selok belok saham.

Itu antara kesalahan pelabur baru yang kami dapat kongsikan pada anda. Diharap serba sedikit dapat membantu anda khususnya pelabur baru supaya tidak tersilap langkah dalam melabur.

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular