5 perkara yang anda perlu tahu sebelum melabur saham

Facebook
Twitter
WhatsApp

Bila bercerita tentang soal pelaburan, pasti ramai yang akan berfikir pasal saham. Orang ramai beranggapan saham merupakan cara yang senang untuk menjana wang. Persoalannya betul atau tidak?

Harini kami akan kongsikan pada korang beberapa perkara yang korang perlu tahu dalam melabur saham.

1. Pelaburan Untung & Rugi

    Dalam mana-mana perniagaan sekalipun, pasti ada untung dan rugi. Begitu juga dalam pelaburan saham. Bila ada orang yang untung, ada juga orang yang rugi.Ini kerana bila kita membeli saham, dalam masa yang sama ada orang yang menjual saham kepada kita. Jadi risiko sentiasa ada kerana mungkin kita takkan untung semata-mata.

2. Mulakan dengan jumlah yang kecil

   Jika korang baru nak mula main Saham, pastikan korang mula melabur dalam jumlah yang kecil dahulu. Atau dalam kata lain, mulakan dengan jumlah yang anda sanggup rugi. Contohnya jika korang sanggup hilang RM1000, jadi mulakan dengan modal RM1000. Jadikan modal RM1000 tersebut sebagai objektif anda untuk gandakannya kepada RM2000. Gunakan kaedah tersebut berulang-ulang kali sehingga korang betul-betul mahir.

3.Saham yang patuhi syariah

Sebagai negara yang majoritinya beragama islam, korang mesti tertanya-tanya bagaimana cara untuk kenalpasti sama ada sesuatu saham tersebut mematuhi syariah ataupun tidak kan?

Mengikut sarjana dan penasihat syariah dari pelbagai negara, hukum melabur saham ialah harus. Di Malaysia pelaburan seperti saham dipantau oleh Shariah Advisory Council (SAC) di bawah Securities Commission (SC).

Antara elemen yang dinilai adalah seperti berikut:

-Perkhidmatan kewangan berdasarkan riba.

-Perjudian.

-Pembuatan atau penjualan produk yang Non Halal.

-Insurans konvensional.

-Aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan menurut Syariah.

-Pembuatan atau penjualan produk berasaskan tembakau atau produk berkaitan.

-Pembrokeran saham atau perdagangan saham pada sekuriti tidak patuh Syariah.

4. Konsisten Melebihi Untung

Ramai pemula saham yang berputus asa dalam bermain saham disebabkan rugi yang berpanjangan. Disebabkan itu, konsisten amat penting dalam bermain saham. Andai kata, korang sasarkan keuntungan 5% sebulan. Mungkin nilai keuntungannya tak berapa besar, tapi ini sangat membantu korang komited untuk gandakan jumlah pelaburan.

5. Beli Saham yang Cemerlang

Satu lagi tips dalam bermain saham ialah, sasarkan syarikat-syarikat yang berpotensi. Korang boleh selidik syarikat-syarikat tersebut dari segi hutang syarikat, konsistensi dalam menjana keuntungan dari tahun ke tahun dan lain-lain lagi.

Akhir sekali, sebelum bermain saham, pastikan korang faham dahulu apa yang korang labur sebelum melabur dalam market saham.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini