STOCK SAHAM.CO

Teruskan agenda RMK12, bentang semula Bajet 2023 segera

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu harus meneruskan agenda dan membentangkan sekali lagi untuk diluluskan dengan segera, sebagai persiapan menghadapi situasi ekonomi mencabar tahun hadapan.

Penganalisis , Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kerajaan campuran yang bakal terbentuk dalam masa terdekat dijangka tetap memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan diutamakan kerana semua pihak sudah mempunyai pengalaman mentadbir negara.

“Ekonomi tidak akan begitu terkesan kerana saya melihat tidak lama lagi akan ada kerajaan baharu dibentuk dan tidak akan ada Parlimen tergantung.

“Dengan tiada parti meraih majoriti mudah membentuk kerajaan, saya melihat selepas pilihan raya ini, akan berlaku kurangnya permainan politik dan usaha akan lebih kepada pemulihan ekonomi dan menarik lebih ramai pelabur ke negara kita,” katanya.

Ahmed Razman berkata, kehebatan Malaysia ialah walau bagaimana pun keputusan pilihan raya, ia diterima semua tanpa berlaku rusuhan atau rampasan kuasa oleh mana-mana pihak termasuklah tentera.

“Ini yang menyebabkan keyakinan pelabur akan sentiasa tinggi untuk melabur di Malaysia. Selain itu, semua pihak yang bertanding sudah ada pengalaman mentadbir negara, maka ini juga menambah keyakinan pelabur,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berpandangan kerajaan baru mempunyai tugas yang mencabar iaitu untuk terus mempertahankan momentum pemulihan ekonomi negara, ia tidak boleh dibiarkan perlahan memandangkan ekonomi global yang diramalkan amat mencabar pada 2023 dan tahun-tahun akan mendatang.

Katanya, Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat untuk membetulkan struktur ekonomi negara yang pincang sekarang dengan pelbagai isu seperti inflasi, sekuriti makanan, graduan ‘underemployment', kebergantungan kepada pekerja asing serta kurangnya budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri pembuatan Malaysia.

“Parlimen tergantung memberi kesan kepada kita terutamanya Bajet 2023 yang tidak sempat diluluskan yang mana ini membuatkan segala perancangan mungkin perlu dilakukan semula, begitu pun landasan ekonomi negara berada pada tahap baik dengan momentum kenaikan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku ketiga sebanyak 14.2 peratus.

“Jadi momentum ini mesti dikekalkan sekiranya tidak ekonomi akan kembali menguncup terutama ekonomi tempatan yang dijangka menjadi enjin ekonomi negara utama tahun hadapan. Dari segi ekonomi (Parlimen tergantung terlalu lama) tidak bagus. Sebab tiada kestabilan politik. Bagaimana nak buat pelan pemulihan ekonomi kerana Malaysia bermasalah dalam struktur ekonomi.

“Dari segi politik mungkin ke arah yang lebih terbuka tapi keterbukaan ini belum tentu baik atau sebaliknya. Cuma, mungkin politik selepas ini mungkin akan jadi lebih terbuka dan berkompromi serta bukan lagi satu parti dominan seperti dahulu,” katanya.

Aimi Zulhazmi berkata, dengan pembentukan kerajaan baharu, pembangunan ekonomi diharapkan lebih seimbang terutama di luar bandar khususnya di Malaysia Timur dan negeri yang kurang pembangunannya seperti Kelantan Terengganu, Kedah dan Perlis, yang memerlukan bukan sahaja infrastruktur yang lebih baik tetapi lebih usaha menarik pelabur, sekali gus dapat mengurangkan penghijrahan belia ke negeri lebih membangun di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

“Kestabilan politik adalah antara faktor utama dilihat oleh pelabur luar dan tempatan dan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), Malaysia agak ketinggalan berbanding negara serantau dalam menjadi ‘magnet' kepada pelaburan langsung asing (FDI). Vietnam dan Indonesia terutamanya telah merapatkan jurang dan melebihi kita sebagai tarikan FDI di .

“Kita tidak mampu bersaing dengan negara ASEAN yang lebih agresif dari segi percukaian korporat dan guna tenaga buruh kerana negara jiran telah berjaya meningkatkan tawaran mereka kepada pelabur asing,” katanya.

Beliau menjelaskan, kestabilan politik memudahkan pelabur untuk membuat perancangan bagi jangka masa panjang kerana jumlah pelaburan mereka besar menyebabkan mereka mencari destinasi atau hos kerajaan yang kuat serta stabil.

“Badan penarafan pula penting kepada negara ia memberikan kesan terhadap penarafan negara, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Penarafan yang bagus dapat menurunkan kadar faedah pinjaman negara dan turut mempengaruhi penarafan GLC serta GLIC,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular