Pelabur Malaysia digesa teroka peluang di Algeria

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Pelabur dan komuniti perniagaan Malaysia digesa meneroka peluang baharu dalam pelbagai sektor di Algeria, termasuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Duta Algeria ke Malaysia, Saad Maandi, berkata selaras dengan agenda ‘Algeria Baharu’ yang diisytiharkan Presiden Abdelmadjid Tebboune selepas memenangi pilihan raya lebih dua tahun lalu, ia menawarkan pelbagai peluang pelaburan dan peserta industri Malaysia dialu-alukan untuk mengadakan lebih banyak kerjasama di negara ini.

“Algeria telah menerima pakai rang undang-undang baharu untuk mewujudkan iklim pelaburan yang menarik kepada syarikat asing dan saya percaya ia akan menjadi peluang baik untuk rakyat Malaysia meneroka potensi di sana.

“Ia sejajar dengan visi ‘Algeria Baharu’ merangkumi 54 komitmen meliputi pelagai sektor untuk menjadikan Algeria lebih kukuh, selamat dan makmur,” kata Maandi.

Menjawab persoalan mengenai bagaimana Malaysia dan Algeria boleh meningkatkan aktiviti perdagangan dua hala, beliau berkata peserta industri dari setiap negara harus menggunakan platform pameran pertukaran perdagangan yang akan berlangsung di Algeria tahun depan.

“Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam hal ini dan memandangkan kami (di Algeria) memiliki lebih banyak potensi, kami mahu mengukuhkan kerjasama dengan meneroka peluang yang ada secara bersama.

“Saya telah bertemu beberapa pihak berkepentingan termasuk MATRADE dan menjemput komuniti perniagaan di sini untuk mengambil bahagian (dalam pameran itu) bagi mengenal pasti peluang pelaburan,” katanya.

Dalam tempoh 25 tahun lalu, eksport Malaysia ke Algeria dilaporkan telah meningkat pada kadar 5.24 peratus, daripada AS$24.3 juta pada 1995 meningkat kepada AS$87.1 juta pada 2020.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini