Moody’s yakin konflik Russia-Ukraine tak jejaskan Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Impak konflik Russia-Ukraine yang berlanjutan hampir dua bulan dijangka tidak memberi kesan kepada ekonomi Malaysia, demikian menurut Moody’s Investors Service.

Penolong Naib Presiden dan penganalisis Moody’s, Nishad Majmudar, berkata sebaliknya, konflik itu berkemungkinan turut memberi kesan positif dari segi perdagangan kepada negara dari segi eksport, selain imbangan pembayaran yang pada masa ini mencatat lebihan.

“Ia (konflik Russia-Ukraine) adalah soalan terbuka. Secara keseluruhan, kami melihat impak konflik ini amat neutral kepada ekonomi Malaysia ketika ini.

Dari sudut fiskal, masih terlalu awal untuk menjelaskan manfaatnya kepada Malaysia. Jika ada sekali pun, ia adalah neutral.

“Kami menjangkakan eksport gas asli cecair (LNG) akan meningkat, tetapi manfaat fiskal terpaksa diimbangkan oleh subsidi bahan api,” katanya pada sesi meja bulat Moody’s bersama media yang diadakan secara maya.

Nishad berkata, Moody’s mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang enam peratus tahun ini disokong oleh pembukaan semula ekonomi dan pemberian vaksinasi yang tinggi.

Katanya, pertubuhan itu juga akan disokong oleh kadar eksport negara yang kukuh atau jika tidak sederhana disebabkan oleh kedudukan Malaysia dalam bidang produk penting seperti dalam elektrik dan elektronik (E&E), minyak dan gas, peranti perubatan dan sebagainya.

“Justeru, kami melihat kepelbagaian dalam eksport Malaysia akan terus kekal utuh menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini