STOCK SAHAM.CO

Mekanisme subsidi minyak dijangka kekal tahun depan

KUALA LUMPUR: Tinjauan Malaysia pada tahun depan adalah lebih jelas dengan kerajaan dijangka mengekalkan ‘status quo' mekanisme sedia ada, demikian menurut .

Firma penyelidikan itu berkata, inflasi harga bahan api pada November turun ke tahap terendah dalam tempoh 21 bulan iaitu 2.6 peratus dan mencatatkan penguncupan sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, menjadikan penurunan selama lima bulan berturut-turut.

Katanya, perkembangan itu adalah sejajar dengan harga komoditi yang mulai menjadi normal.

“Kami percaya bahawa akan mengekalkan ‘status quo' subsidi bahan api semasa sehingga sekurang-kurangnya untuk .

“Justeru, kami melihat inflasi bahan api akan mengekalkan trend penurunan dan akan membawa turun tekanan inflasi keseluruhan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Dalam pada itu, kadar inflasi bukan bahan api mencatatkan rekod tertinggi baharu pada bulan lalu iaitu 8.3 peratus, antara lain disumbangkan oleh kelemahan ringgit.

MIDF Research berkata, menuju ke tahun 2023, beberapa faktor tolakan bekalan terhadap inflasi dijangka mulai reda antara lain dipengaruhi oleh jangkaan kenaikan nilai ringgit, penyederhanaan harga makanan, tekanan rantaian bekalan global yang semakin reda selain harga komoditi yang mulai normal.

“Justeru, kadar inflasi utama diramalkan berada pada purata 2.3 peratus pada 2023,” tambah firma penyelidikan itu.

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia kekal tinggi iaitu 4.0 peratus pada November dengan mata indeks berada pada 129.0 berbanding 124.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun kadar berkenaan ternyata lebih rendah berbanding 4.7 peratus yang dicatat bulan Ogos 2022.

MIDF Research menjelaskan, tekanan inflasi di Malaysia terkesan oleh inflasi makanan yang lebih tinggi, khususnya dengan persekitaran harga komoditi global yang meningkat.

“Kami menjangkakan pertumbuhan harga makanan akan merekodkan peningkatan sebanyak 5.5 peratus tahun ini, yang turut disumbangkan oleh penurunan nilai ringgit.

“Dengan permintaan domestik semakin mengukuh, kami mengunjurkan kadar inflasi utama akan berada pada purata 3.2 peratus pada 2022,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular